Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Rugi RM154,477 Akibat Pelaburan Tidak Wujud

Seorang peniaga berusia 28 tahun kerugian RM154,477 selepas terpedaya dengan pelaburan saham tidak wujud menerusi aplikasi WhatsApp.

rugi

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata pada 29 Mac lalu mangsa yang menetap di Taman Sri Iskandar, Hutan Melintang di sini, menerima ‘link’ tawaran pelaburan saham dikenali Deizheng7.Com daripada seorang wanita.

Katanya, mangsa terpedaya selepas tertarik dengan tawaran suspek yang mendakwa boleh mendapat pulangan 10 peratus daripada pelaburan yang dibuat.

Peniaga Kerugian Besar

“Selepas mendaftar dalam sistem laman web itu, mangsa memindahkan wang RM500 ke akaun Maybank diberikan suspek dan 20 kemudian minit dia mendapat kembali wang RM550 dalam akaun banknya.

“Pada 30 Mac lalu, mangsa sekali lagi memindahkan RM5,000 ke akaun bank diberikan suspek seterusnya menerima pulangan RM5,532,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, yakin dengan pelaburan itu mangsa memindahkan RM38,377 melalui sembilan transaksi dan RM40,100 melalui lapan transaksi ke akaun Maybank dan RHB Bank diberikan suspek.

“Sejumlah RM76,000 pula dipindahkan melalui lima transaksi. Apabila akaun berjumlah lebih RM100,000, mangsa mahu mengeluarkan semua wangnya, tetapi pegawai khidmat pelanggan laman web itu memberitahu wang yang mahu dikeluarkan terlalu banyak dan mangsa perlu membuat bayaran cukai.

“Mangsa mengikuti arahan itu dan suspek masih memintanya memasukkan sejumlah wang lagi. Apabila mangsa cuba menghubungi suspek semalam, nombor telefon itu sudah tidak aktif lagi sebelum dia berasa diperdaya dan membuat laporan polis,” katanya.

Ahmad Adnan berkata, suspek adalah kenalan melalui aplikasi WhatsApp saja dan mangsa tidak pernah berjumpa dengan suspek.

Sumber Berita Harian

Artikel lain: Penuntut UniMAP Beraya Di Kampus

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More