Sumber Rujukan Globalisasi Anda

RUMAH TERBALIK MELAKA DAN HARGA TIKET TERKINI

Isi Kandungan

Rumah Terbalik Melaka

rUMAH TERBALIK MELAKA

Rumah Terbalik Melaka  adalah salah satu tempat menarik yang kini menjadi pilihan pelancong untuk merasai sendiri keunikan berada dalam situasi yang luar biasa. Di Malaysia terdapat beberapa galeri rumah terbalik seperti ini seperti di Johor, Sabah dan Negeri Sembilan. Rumah terbalik ini sangat menarik untuk dilawati bersama kawan-kawan atau keluarga.

Tempat ini telah menjadi tarikan utama di Melaka kerana keunikan dan menimbulkan suasana yang menyeronokkan. Destinasi ini terus menjadi kunjungan pelancong terutamanya pada hujung minggu dan msim cuti sekolah.

Hanya terletak kira-kira lima minit dari Jonker Walk, tempat ini akan memberi anda inspirasi untuk menjadi kreatif ketika anda bergambar dari pelbagai sudut. Terokai kesemua bilik-bilik terbalik di lima seksyen yang berbeza.

Konsep Rumah Terbalik Melaka

Konsepnya seperti namanya, semua benda dalam rumah ini dibina dalam keadaan tunggang terbalik. Anda boleh bergambar dari posisi terbalik dan gambar anda akan menjadi sangat menarik. Anda juga boleh bergambar seperti spiderman, walk on te moon, zero graviti floating dan sebagainya.

RUMAH TERBALIK MELAKA DAN HARGA TIKET TERKINI 1

RUMAH TERBALIK MELAKA

 

 

 

 

 

 

 

Tips Pengunjung

Jika anda datang dalam kumpulan dan ingin mengambil gambar, anda boleh minta staf yang mesra di sana untuk menolong anda. Mereka juga boleh memberi cadangan supaya gambar anda lebih menarik

Anda juga kemungkinan besar akan beratur di luar jika datang pada hujung minggukerna hanya 35 pengunjung sahaja yang boleh masuk pada suatu masa.

Harga Tiket

Harga tiket terkini adalah seperti berikut:

 

Dewasa

Kanak-Kanak

Warganegara

25

15

Pelancong Asing

30

20

Lokasi & Waktu Operasi

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Rumah Terbalik Melaka akan memberi sedikit info dan gambaran berkenaan tempat ini sebelum kita pergi bercuti ke sini. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan tempat menarik dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my  Terima kasih.

Sumber:http://www.melakaupsidedown3d.com/

MENARIK UNTUK DILAWATI: Gold Coast Melaka, 20 Hotel Menarik Cameron Highland

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More