Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Kelayakan SARA Untuk Semua (Bantuan RM100 One-Off)

Semakan status kelayakan bantuan SARA Untuk Semua RM100 untuk semua rakyat Malaysia yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada baru-baru ini kini boleh mula disemak.

Isi Kandungan

Semakan Status Kelayakan SARA Untuk Semua

Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau SARA Untuk Semua adalah bantuan RM100 one-off kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas tanpa mengira pendapatan mulai 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025.

Bantuan ini akan dikreditkan bermula 31 Ogos 2025 dan ia boleh ditebus menggunakan MyKad masing-masing untuk bayaran secara tanpa tunai (cashless).

Rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas layak secara automatik dan tiada permohonan diperlukan. Ini juga termasuk bagi penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang sedia ada.

Menurut Kementerian Kewangan, Semakan status SARA Untuk Semua kini boleh disemak mulai 21 Ogos 2025 melalui pautan rasmi SARA atau laman web rasmi MyKasih seperti pautan berikut:

>>>Semakan Status Kelayakan SARA Untuk Semua<<<

Semakan Kelayakan SARA Untuk Semua (Bantuan RM100 One-Off) 1

Secara kolektif, sesebuah isi rumah berpeluang menerima jumlah kredit SARA yang lebih tinggi. Sebagai contoh, sebuah keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan dua anak berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima jumlah keseluruhan RM400 dan bukannya hanya RM100.

Bagi penerima SARA sedia ada STR, pengkreditan kelayakan Ogos 2025 SARA sedia ada ke dalam MyKad akan diterima pada awal Ogos 2025 manakala tambahan one-off sebanyak RM100 pula akan dikreditkan pada 31 Ogos 2025. Kelayakan sedia ada serta one-off Penghargaan SARA ini boleh dibelanjakan sehingga 31 Disember 2025.

Saya Merupakan Warganegara Malaysia Namun Masih Belum Memiliki MyKad, Adakah Saya Masih Berpeluang Menerima Penghargaan SARA Ini?

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan Penghargaan SARA namun tidak mempunyai MyKad, anda perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi urusan pemilikan MyKad dan pembelian Penghargaan SARA boleh dibuat selewat-lewatnya pada 31 Disember 2025 selepas urusan pemilik MyKad selesai.

SARA ialah bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak bagi pembelian 14 kategori barangan asas di lebih 7,300 kedai dan pasar raya terpilih seluruh negara dan bilangan ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa.

Semakan Kelayakan SARA Untuk Semua (Bantuan RM100 One-Off) 2

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan SARA Untuk Semua ini, sila rujuk portal rasmi SARA atau terus hubungi talian Bantuan MyKasih 03 – 7720 1800.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More