Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Sekolah Diarah Perketat SOP kekang Covid-19

Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlu Diketatkan Lagi

Kementerian Pendidikan mengingatkan pihak sekolah supaya terus memperketat prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin, berkata pada masa sama ibu bapa perlu mengingatkan anak-anak supaya menitik berat prosedur operasi standard sepanjang berada di sekolah.

sop

Beliau berkata, pihak Pendidikan akan merujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk mendapatkan sebarang pandangan dan langkah yang perlu diambil jika wujud sebarang masalah berkaitan COVID-19.

Justeru itu pihaknya mengakui sekarang waktu sukar untuk warga KPM namun pihaknya berjaya menghadapinya dengan baik. Era gelombang Covid-19 ini teramatlah sukar bagi pelajar sekolah menengah lebih – lebih lagi yang tengah menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau mengharapkan semua pelajar SPM mematuhi SOP dan peperiksaan SPM berjalan dengan lancar. Diharapkan sesi persekolahan dapat diteruskan dalam keadaan selamat.

 

Artikel lain: MaGIC dan ScaleUp

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More