Sumber Rujukan Globalisasi Anda

SELANGOR FREELANCE: JANA PENDAPATAN DAN INSENTIF RM400

Selangor Freelance menawarkan pelbagai peluang latihan untuk meningkatkan kemahiran pekerjaan bebas digital sekaligus menjana pendapatan tambahan. Rakyat Malaysia yang terjejas dan hilang pendapatan akibat pandemik Covid-19 kini boleh mengambil peluang keemasan ini untuk menjana pendapatan melalui Selangor Freelance.

Bagi anda yang mempunyai perniagaan sendiri sama ada perniagaan secara kecil-kecilan, perniagaan secara online/dari rumah dan perniagaan perkhidmatan penghantaran, anda juga boleh memohon Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM TEKUN 2022).

SELANGOR FREELANCE

Isi Kandungan

APAKAH ITU SELANGOR FREELANCE?

Program ini merupakan kerjasama di antara sebuah paltform pekerja bebas terkemuka, Workana dengan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran pekerjaan.

Selangor Freelance menawarkan lebih 5,000 peluang latihan untuk meningkatkan kemahiran pekerjaan bebas digital sekaligus menjana pendapatan tambahan.

Selangor Freelance telah disenaraikan di bawah program pendigitalan dalam Belanjawan dengan perbelanjaan berjumlah RM369 juta melalui dana negeri dan anak syarikat (GLC).

Melalui Program ini, individu berusia 18 tahun ke atas berpeluang menjana pendapatan dalam sektor ekonomi digital dan menerima RM400 daripada Kerajaan Negeri.

APAKAH OBJEKTIF PROGRAM SELANGOR FREELANCE?

Berikut merupakan objektif pelaksanaan program ini :

  • Mewujudkan kesedaran dan memberi insentif kepada warga Selangor untuk menyertai ekonomi gig digital.
  • Berdaya saing dalam ekonomi gig.
  • Meningkatkan kebolehpasaran warga Selangor.
  • Menyediakan akses kepada peluang pekerjaan yang lebih baik.
  • Melatih warga Selangor cara memanfaatkan ekonomi gig digital.

SELANGOR FREELANCE

APAKAH MANFAAT PROGRAM?

Antara manfaat program Selangor Freelance adalah :

  • Sebanyak 5,000 peluang latihan dan kemahiran percuma untuk memanfaatkan kerja sebagai pekerja bebas serta cara menggunakan platform Workana selama 2 hari.
  • Insentif RM400 akan diberikan daripada kerajaan negeri sebaik sahaja menamatkan latihan.
  • Berpeluang memohon pekerjaan bebas digital menerusi paltform berkenaan.

APAKAH SYARAT KELAYAKAN SELANGOR FREELANCE ?

Antara syarat-syarat kelayakan program ini ialah:

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Menetap di Selangor
  • Individu yang sudah bekerja atau belum bekerja boleh memohon

BAGAIMANAKAH CARA MEMBUAT PENDAFTARAN SELANGOR FREELANCE?

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui :

  • Layari laman sesawang Selangor Freelance;
  • Isi butiran maklumat dalam borang online seperti nama penuh, email dan nombor telefon.

SELANGOR FREELANCE

BAGAIMANAKAH UNTUK MENDAPAT INSENTIF RM400?

Berikut adalah prosedur dan tatacara menyertai program ini:

  1. Mendaftar di laman web Selangor Freelance;
  2. Menjalani sesi latihan selama 2 hari (Latihan termasuk pendedahan sebagai pekerja bebas serta cara menggunakan platform Workana);
  3. Selesai proses latihan, peserta berpeluang memohon pekerjaan bebas digital menerusi platform berkenaan;
  4. Peserta juga akan menerima RM400 daripada Kerajaan Negeri sebaik tamat mengikuti latihan tersebut.

SELANGOR FREELANCE

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

  1. Laman sesawang Selangor Freelance;
  2. Platform Selangor

Semoga inisiatif ini mampu memberi manfaat kepada warga Selangor serta berpeluang menjana pendapatan menerusi program pengupayaan yang holistik. Individu yang 18 tahun ke atas serta menetap di Selangor digalakkan untuk merebut peluang keemasan ini. Mereka berpeluang untuk menjana pendapatan dalam sektor ekonomi digital dan menerima RM400 daripada Kerajaan Negeri.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More