Selawat Ibrahimiyah: Selawat Paling Sempurna & Penting Dalam Islam

Berikut dikongsikan mengenai Selawat Ibrahimiyah yang banyak kelebihan dan faedahnya untuk diamalkan dalam kehidupan harian oleh setiap umat Islam.
Isi Kandungan
Apa Itu Selawat Ibrahimiyah?
Perkataan “Selawat” itu merupakan sebuah perkataan yang dibentuk dari perkataan “Solat” yang membawa maksud doa atau pujian.
Selawat ini telah ditakrifkan sebagai “doa kesejahteraan ke atas Nabi” oleh Kamus Dewan Edisi Keempat.
Selawat Ibrahimiyyah adalah merupakan selawat ke atas dua Nabi, iaitu Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim AS.
Namun begitu, tahukah anda mengapa Nabi Ibrahim AS sahaja yang disebut dan bukan nabi-nabi yang lain?
Berikut adalah sebab-sebab mengapa kita juga berselawat ke atas Nabi Ibrahim AS dalam selawat ini, iaitu:
- Sebagai satu penghormatan kepada Nabi Ibrahim AS yang digelar sebagai ‘Bapa Para Nabi. Apatah lagi Nabi Muhammad SAW sendiri berasal daripada keturunan Nabi Ibrahim AS. Sekaligus Baginda adalah datuk kepada Rasulullah SAW dan juga datuk kepada semua umat Nabi Muhammad SAW.
- Sebagai satu penghormatan dan doa yang dikabulkan oleh Allah SWT kepada Baginda AS. Firman Allah SWT yang menggambarkan kisah permohonan doa Nabi Ibrahim AS kepada-Nya adalah:
رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ . رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
Maksudnya: “Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh. Dan jadikanlah aku buah bicara yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian.
Surah Asy-Syu’araa: 83 – 84
- Nabi Ibrahim merupakan ‘Khalilullah,’ manakala Nabi Muhammad SAW pula digelar sebagai ‘Habibullah,’ dan kedua-dua gelaran ini membawa maksud “Kekasih Allah SWT.”
Sejarah Selawat Ibrahimiyah
Setelah Allah SWT menciptakan Nabi Adam AS, kalimah pertama yang dilihat oleh Nabi Adam AS adalah لا إله إلا الله محمد رسول الله, lalu Nabi Adam AS bertanya kepada Allah SWT tentang siapakah Muhammad?
Lantas Allah SWT menjawab beliau (Muhammad SAW) adalah penutup segala Nabi dan Rasul dan paling mulia di antara mereka semua (Rasul).
Umat Nabi Muhammad juga diberi banyak kemuliaan berbanding umat-umat yang lain.
Menyedari ketinggian darjat Nabi Muhammad SAW di sisi Allah SWT, Nabi Adam AS memohon kepada Allah SWT agar diberi anugerah iaitu cukuplah sekadar menjadi umat Nabi Muhammad SAW.
Namun demikian, Allah SWT menolak permintaan Nabi Adam AS. Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain seperti Nabi Musa AS.
Sehinggakan Allah SWT sendiri menegur sikap Nabi Allah Musa AS agar redha dengan apa-apa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya.
Dalam banyak-banyak Nabi yang memohon untuk menjadi umat Nabi Muhammad SAW, hanya ada seorang Nabi sahaja yang Allah SWT perkenankan permohonannya tetapi bukan semua, hanya sebahagian daripada permohonan itu Allah SWT terima. Beliau adalah Nabi Ibrahim AS.
Secara dasarnya, Allah SWT tidak memperkenankan permohonan Nabi Ibrahim AS untuk menjadi umat Nabi Muhammad SAW, tetapi Allah SWT menjanjikan kepada Nabi Ibrahim AS, yang Nabi Muhammad akan lahir daripada salasilah atau keturunan Nabi Ibrahim AS sendiri dan nama Nabi Ibrahim AS akan meniti di bibir-bibir umat Nabi Muhammad SAW.
Ini bermaksud nama Nabi Ibrahim AS akan selalu disebut-sebut oleh Rasulullah SAW.
Maka, atas sebab itulah kita SUNAT untuk menyebut nama Nabi Ibrahim AS dalam solat lima waktu, iaitu semasa bacaan tahiyat akhir.
Bagaimanakah Bacaan Selawat Ibrahimiyah?
Berikut adalah lafaz bacaan Selawat Ibrahimiyah:

Kelebihan & Manfaat Selawat Ibrahimiyah
Antara kelebihan atau kebaikan kepada sesiapa yang mengamalkan Selawat Ibrahimiyah ini adalah:
- Mendapat pahala yang besar kerana selawat ini tergolong sebagai selawat utama.
- Mendapat Syafaat Nabi Muhammad SAW.
- Dituliskan oleh Malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
- Dihapuskan oleh Allah SWT sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
- Rasulullah SAW akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dilafazkan.
- Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah SAW kepada yang berselawat.
- Selawat akan menjemput setiap pengucapannya ke jalan syurga.
- Allah SWT dan para Malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ؛ فَإِنَّ صَلَاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً
Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).”
Riwayat Al-Baihaqi
Umat Islam amat digalakkan untuk mengutamakan selawat dan zikir yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW seperti Selawat Ibrahimiyah ini kerana itu adalah sebaik-baik amalan.
Semoga Allah SWT menerima amalan kita dan menempatkan kita bersama dengan Nabi Muhammad SAW di syurga kelak.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan seterusnya dijadikan panduan untuk anda meningkatkan amal ibadah pada setiap hari! Selamat beramal!
Artikel Berkaitan: Amalan Selawat Tafrijiyyah Untuk Murah Rezeki, Amalan Selawat Jibril Boleh Buka Pintu Rezeki, Amalan Selawat Fatih Pembuka Rahsia Ajaib Dalam Kehidupan, Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW.