Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Keputusan dan Tarikh Ujian VKF dan VP

Semakan keputusan panggilan menduduki UKCG Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) tahun 2021 kini dibuka mulai 30 April 2021. Pelajar yang memohon PISMP di IPG perlu menduduki ujian eUKCG (Ujian Kelayakan Calon Guru).

UKCG adalah ringkasan kepada Ujian Kelayakan Calon Guru. e-UKCG adalah merupakan ujian psikometrik secara atas talian yang digunakan oleh IPGM KPM untuk menyaring calon-calon yang memohon latihan perguruan di IPG.

Isi Kandungan

Tarikh Ujian eUKCG 2021

e-UKCG PISMP 2021 akan dijalankan pada 1 hingga 25 April 2021.

Calon tidak dibenarkan menukar tarikh e-UKCG dan calon perlu bersedia untuk menduduki ujian tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan.

Lokasi / Cara Menjawab e-UKCG

e-UKCG hanya boleh dijawab secara dalam talian.

Calon boleh menduduki e-UKCG di kediaman masing-masing atau di mana-mana tempat yang mempunyai talian internet yang baik.

e-UKCG mengandungi banyak soalan dan perlu dijawab dalam tempoh masa yang terhad. Oleh yang demikian, calon dinasihatkan untuk menjawab secara spontan. Pilih jawapan yang sesuai dengan diri sendiri.

Calon boleh menduduki e-UKCG di kawasan atau tempat lain yang ada menyediakan perkhidmatan internet dengan baik seperti kafe siber, pusat ICT kampung, sekolah, perpustakaan awam atau di kawasan-kawasan yang menyediakan internet tanpa wayar. Perlu diingatkan, e-UKCG adalah SULIT.

Calon tidak dibenarkan menunjuk, membuka ruang untuk orang lain melihat atau menyebarkan soalan ujian kepada individu atau pihak lain.

Oleh itu calon memerlukan talian internet dan digalakkan menggunakan komputer atau komputer riba untuk menjawab e-UKCG untuk lebih selesa.

Walau bagaimanapun calon boleh menjawab menggunakan alat-alat lain seperti telefon bimbit atau tablet.

Untuk mengetahui anda layak atau tidak anda ambil ujian ini, boleh check melalui pautan yang dikongsikan di bawah ini:

Pautan online: http://ipgmkpm.net/ua/

Tarikh Semakan Keputusan

tarikh ujian

Maklumat Lanjut

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)

No. Telefon : : 03-8312 6720/ 6693/ 6731/ 6768/ 6719/ 6760
Emel : [email protected]

Artikel lain: Evidens SKPMg2 Standard 3.3 Pengurusan Hal Ehwal MuridEvidens SKPMg2 Standard 4 Pembelajaran dan Pemudahcaraan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More