Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Semakan Keputusan Kelas KAFA Anak-anak Tahun 2021

Semakan Keputusan Kelas KAFA boleh dibuat mulai bulan Disember 2021 ini. Bagaimana nak buat semakan? Baca artikel ini untuk maklumat lanjut.

Semakan Keputusan Kelas KAFA

Isi Kandungan

KAFA

KAFA adalah singkatan kepada Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain. Secara umumnya, kelas KAFA ini akan dihadiri oleh anak-anak kecil berumur dalam lingkungan 7 tahun sehingga 12 tahun.

Ini adalah kerana bagi memberikan pendedahan awal berkaitan agama kepada mereka. Dalam konteks ini, KAFA menggunakan sistem buku teks, kukurikulum dan juga menjalankan Ujian Penilalaian Kelas KAFA(UPKK) untuk mereka yang berada di tahun akhir pengajian kelas KAFA.

Waktu kelas KAFA adalah tertakluk kepada penetapan yang dikhususkan oleh pihak JAKIM itu sendiri. Kadangkala, seperti yang kita lihat, kelas KAFA ini akan dijalankan di:

  • Masjid.
  • Surau.
  • Sekolah Rendah.
  • Bangunan sekolah agama.
  • Dan lain-lain.

Banyak lokasi yang menyediakan kelas KAFA ini dalam setiap negeri. Daftarkan anak-anak anda.

Semakan Keputusan Kelas KAFA

Penggunaan Keputusan UPKK

Anak-anak kita dah dapat keputusan UPKK bagi tahun 2021. Jadi, di mana kita boleh menggunakan keputusan ujian UPKK ni? Jangan risau.

Anda sebagai ibu bapa boleh menggunakan keputusan UPKK anak-anak cilik anda bagi tujuan:

  1. Permohonan kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Berasrama Penuh.
  2. Permohonan kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Menengah Agama.
  3. Permohonan kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Menengah Agama Persekutuan.
  4. Permohonan zakat untuk murid cemerlang.
  5. Permohonan anugerah/biasiswa/elaun.
  6. Dan kain-lain.

Jadi, simpanlah dengan baik sijil atau cetakan semakan keputusan Kelas KAFA anak-anak anda.

Semakan Keputusan Kelas KAFA

Untuk membuat semakan keputusan Kelas KAFA bagi anak-anak anda, terdapat 2 cara yang boleh anda gunaka. Pilihlah mana-mana yang lebih memudahkan anda untuk membuat semakan.

  • Laman Web Rasmi SIMPENI
    1. Anda boleh melayari laman web di atas dengan menekan link pautan yang disediakan di bawah untuk membuat semakan keputusan Kelas KAFA anak anda.
    2. Masukkan kad pengenalan anak kecil anda.
    3. Masukkan kod keselamatn yang terpapar di skrin anda.
    4. Tekan butang semak keputusan.
    5. Skrin anda akan memaparkan 8 jenis subjek yang diambil beserta gred yang dicapai oleh anak anda.
    6. Muat turun dan simpan dalam simpanan anda untuk kegunaan perkara lain.
    7. Selesai.

Link Pautan Poratl SIMPENI : SEMAKAN KEPUTUSAN KAFA

  • Melalui SMS Sahaja
    1. Anda perlu menaip perkataan yang ditunjukkan di bawah.
    2. Ikuti dengan betul dan tekan hantar.
    3. Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul.
    4. Anda akan menerima mesej balas berkaitan keputusan UPKK anak anda.

TAIP:

UPKK<jarak>NOMBOR KAD PENGENALAN ANAK ANDA/MYKID

@

UPKK<jarak>NOMBOR PENGENALAN KHAS

HANTAR:

Hantarkan ke nombor 15888.

*CONTOH: UPKK 070821029954

*NOTIS:

Selain daripada semakan keputusan kelas KAFA, anda juga boleh membaca artikel yang disediakan berkaitan Semakan PraSekolah Sesi Tahun 2022 Sekarang.

Moga-moga mampu membantu anda mendaftarkan anak-anak kecil anda.

Tempoh Semakan Keputusan Kelas KAFA

Berapakah tempoh semakan kelas KAFA ini diperuntukkan?

  • TARIKH SEMAKAN BERMULA: 28 Disember 2021, jam 11.00 a.m.
  • TARIKH SEMAKAN BERAKHIR: 11 Januari 2022, jam 11.00 p.m.

Maka dengan itu, sekiranya anda masih mahu membuat semakan semula atau memuat turun keputusan UPKK ini, anda boleh buat sedemikian dalam tempoh tersebut.

Lebih mudah sekiranya anda simpan file keputusan ini dalam komputer atau laptop anda.

Senarai Mata Pelajaran

Semakan Keputusan Kelas KAFA

Dalam Ujian UPKK ini, hanya lapan mata pelajaran sahaja yang akan diuji. Mereka akan mempelajari perkara asas berkaitan sesuatu subjek.

Ini adalah antara 8 subjek tersebut,iaitu:

 SENARAI MATA PELAJARAN

 Amali Solat

Ulum Syariah(Ibadah dan Aqidah)

 Adab(Akhlak Islamiyyah)

 Lughatul Al-Quran(Bahasa Arab)

 Pelajaran Jawi

 Sirah

 Penghayatan Hidup Islam

Pelajaran Al-Quran

Dalam Penilaian UPKK, hanya 4 gred sahaja yang diguna pakai, iaitu:

 GRED

 ANGGARAN MARKAH

A

80% Hingga 100%

 B

60% Hingga 79%

 C

40% Hingga 59%

 D

1% Hingga 39%

Perlu Atau pun Tidak Mendaftarkan Anak-anak ke Kelas KAFA?

Secara kesimpulannya, perlu atau pun tidak untuk seseorang anak-anak yang berumur 10 hingga 12 tahun dihantarkan ke kelas KAFA?

Jawapannya adalah AMAT DIGALAKKAN untuk menghantar anak-anak anda ke kelas KAFA dan menduduki UPKK. Hal ini kerana, di sinilah peringkat mereka akan mempelajari ilmu agama dari permulaan.

Mereka akan mempelajari segala aspek berkaitan ibadah, akidah, tauhid, adab, sirah zaman nabi terdahulu bahkan berkaitan bahasa Arab.

Percaya atau tidak, anda mampu menjadikan anak anda lebih baik. Akan tetapi, tiada sebarang paksaan untuk ibu bapa menghantar anak-anak anda. Buatlah dan rancanglah yang terbaik buat putera dan puteri anda.

Tunaikan tanggungjawab anda sebagai ibu bapa untuk memberi didikan yang sepatutnya.

Video Berkaitan UPKK

Anda juga boleh menonton video di bawah untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkaitan Semakan Keputusan Kelas KAFA anak-anak anda.

Pujilah apa jua keputusan yang diperoleh anak-anak anda. Sesungguhnya, mereka memerlukan sokongan dan didikan yang berterusan daripada ibu bapa mereka sendiri.

Buat Semakan Keputusan Anak-anak Anda Sekarang

Diharapkan agar perkongsian berkaitan cara membuat semakan keputusan kelas KAFA ini memudahkan ibu bapa membuat semakan. Simpan dan berbanggalah dengan keputusan anak-anak anda.

Sesungguhnya mereka juga menghadapi kesulitan kerana perlu menghadapi sistem pembelajaran secara hybrid atau atas talian.

Diharapkan agar ibu bapa tidak berhenti sehingga di kelas KAFA sahaja untuk mengajar anak-anak anda berkaitan ilmu agama. Didiklah mereka sepanjang masa. Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah.

Corakkanlah mereka dengan kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More