Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Keputusan Permohonan MRSM Sesi 2024/2025

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan keputusan permohonan mrsm bagi kemasukan sesi 2024/2025 untuk makluman semua pemohon dan ibu bapa di luar sana.

Isi Kandungan

Makluman Semakan Tawaran Kemasukan MRSM Tingkatan 1 & Tingkatan 4 Bagi Tahun 2024

Pengerusi MARA, Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah membuat hantaran di media sosial rasmi beliau bahawa keputusan kemasukan akan mula disiarkan pada 18 Januari 2024.

Semakan Keputusan Permohonan MRSM Sesi 2024/2025 1
Semakan Keputusan Permohonan MRSM

Difahamkan pada tahun ini beliau telah meminta Bahagian Pendidikan Menengah telah menyegerakan pengumuman keputusan permohonan kemasukan ke MRSM kerana prihatin dengan kos-kos kemasukan ke sekolah pada awal tahun nanti.

Pengumuman awal ini juga bagi mempermudahkan urusan ibu bapa dalam mempersiapkan anak-anak yang terpilih ke MRSM bagi sesi ini.

Semakan Keputusan Permohonan MRSM Sesi 2024/2025 2
Semakan Keputusan Permohonan MRSM

Justeru, pemohon atau ibu bapa perlu mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan menerusi portal Mara dalam masa yang telah ditetapkan.

Cara Semakan Keputusan Permohonan MRSM

Semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi Tahun 2024 boleh mula disemak pada 18 Januari 2024, jam 8.00 malam.

Semakan Keputusan Permohonan MRSM Sesi 2024/2025 3
Semakan Keputusan Permohonan MRSM

Calon boleh membuat semakan keputusan permohonan MRSM menggunakan No. Kad Pengenalan secara dalam talian di pautan berikut.

Pautan Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1>>>Semakan Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 Disini<<<
(Pautan akan dibuka pada 18 Januari 2024, jam 8.00 malam)
Pautan Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 4>>>Semakan Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 4 Disini<<<
(Pautan akan dibuka pada 18 Januari 2024, jam 8.00 malam)
Semakan Keputusan Permohonan MRSM

Calon yang berjaya perlu membuat pengesahan terima / tolak tawaran kemasukan ke MRSM dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh surat tawaran.

Kegagalan calon membuat pengesahan terima / tolak tawaran dalam tempoh 7 hari dianggap menolak tawaran kemasukan ke MRSM berkenaan.

Keputusan tawaran adalah muktamad.

Pemohon juga boleh membuat semakan menerusi Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) selain mendapatkan makluman terkini melalui portal tersebut dan semua platform media sosial agensi itu.

Permohonan rayuan ke MRSM akan mula dibuka secara dalam talian bermula pada tarikh keputusan disiarkan.

Setelah Berjaya Mendapat Tawaran Ke MRSM, Apakah Tindakan Selanjutnya Yang Perlu Dibuat?

Tindakan selanjutnya yang perlu calon / ibu bapa buat adalah seperti berikut:

  1. Membuat pengesahan penerimaaan tawaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima tawaran.
  2. Muat turun dan cetak Surat Tawaran, Panduan Pendaftaran MRSM, Senarai Semak dan Lampiran A, Borang Maklumat Pelajar dan Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa.
  3. Melengkapkan dokumen-dokumen mengikut Senarai Semak dan Lampiran A untuk dibawa semasa Hari Pendaftaran.
  4. Membuat bayaran yuran pendaftaran.

Setelah Berjaya Mendapat Tawaran Kemasukan Ke MRSM, Bolehkah Permohonan Pertukaran Program Dan Penempatan MRSM Dibuat?

Tidak boleh. Keputusan tawaran adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program dan penempatan adalah tidak dibenarkan.

Bolehkah Rayuan Dibuat Sekiranya Tidak Berjaya Mendapat Tawaran Kemasukan Ke MRSM?

Calon yang melepasi merit (syarat minimum UKKM dan tidak dalam senarai hitam MARA) sahaja boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian melalui ruang yang telah disediakan.

Apakah UKKM Dan Siapakah Yang Perlu Menduduki UKKM?

UKKM adalah Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM yang merangkumi Ujian Bahasa Melayu, Sains, Matematik serta Keperibadian.

Semua pemohon yang telah mengisi permohonan secara dalam talian wajib menduduki UKKM.

Sekiranya Nama Ibu Dan / Atau Bapa Telah Disenaraihitamkan Oleh Pihak MARA, Adakah Anak Masih Boleh Membuat Permohonan Dalam Talian?

Pemohon boleh membuat permohonan MRSM tetapi dalam masa yang sama, ibu dan / atau bapa perlulah membuat semakan status senarai hitam dan pemutihan status senarai hitam di Bahagian Kawalan Kredit MARA.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan permohonan dan pendaftaran kemasukan ke MRSM, anda boleh hubungi MARA di saluran-saluran berikut:

Sebarang persoalan berkaitan MRSM boleh disalurkan melalui e-mel [email protected] atau melalui talian rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di 03 – 2613 4531 / 32 / 33/ 17 / 16 / 78 / 34483 (Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi sehingga 5.00 petang waktu bekerja sahaja).

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More