Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Keputusan PSPM Sesi 2023/2024

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Semakan Keputusan PSPM bagi Sesi 2023/2024 untuk makluman semua calon-calon dan ibu bapa.

Isi Kandungan

Makluman Semakan Keputusan PSPM

Makluman kepada semua pelajar matrikulasi atau calon-calon Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Sesi 2023/2024, berikut merupakan pengumuman rasmi tarikh keputusan PSPM Semester I dan Semester III Sesi 2023/2024 yang akan dikeluarkan iaitu pada

  • Tarikh: 23 Februari 2024 (Jumaat)
  • Masa: Bermula jam 10.00 Pagi

Peperiksaan program Matrikulasi atau PSPM Semester I dan Semester III bagi Sesi 2023/2024 telah berlangsung pada 4 hingga 12 Disember 2023 yang lalu.

Semakan Keputusan PSPM Sesi 2023/2024 1
Semakan Keputusan PSPM

Cara Semakan Keputusan PSPM

Berikut adalah beberapa kaedah untuk calon-calon membuat semakan keputusan Peperiksaan Matrikulasi KPM.

Kaedah SemakanLangkah-Langkah Semakan
Semakan Secara Atas Talian (Online)Garis panduan dan langkah untuk membuat semakan keputusan secara online adalah seperti berikut
1. Layari Sistem Permohonan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Pilih Semakan.
3. Masukkan User ID (No matrik + 6 Digit terakhir No. Kad Pengenalan).
4. Sila muat turun dan simpan slip keputusan selepas membuat semakan.
Semakan Melalui SMSLangkah semakan keputusan PSPM melalui SMS adalah
MOE<jarak>MAK<jarak>NoKP & SMS ke 15888.
Semakan Melalui TelefonLangkah semakan keputusan PSPM melalui Telefon pula adalah melalui
1. Kolej masing-masing.
2. Bahagian Matrikulasi KPM melalui talian 03 – 8884 4083 atau 03 – 8884 4020.
Semakan Keputusan PSPM

Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM

Permohonan semak semula keputusan PSPM boleh dibuat melalui langkah-langkah berikut:

  1. Pemohon yang ingin memohon semak semula keputusan PSPM hendaklah mendapatkan Borang Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan (BMKPM/SS/PSPM1) di kolej masing-masing.
  2. Borang BMKPM/SS/PSPM1 perlu diisi dengan lengkap dan disertakan dengan bayaran yang mencukupi.

Borang Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM iaitu Borang BMKPM/SS/PSPM1 boleh juga dimuat turun dibawah.

Permohonan semak semula hanya boleh dibuat melalui kolej masing-masing. Kadar bayaran bagi setiap kursus yang disemak semula adalah RM50.00 (tidak termasuk caj dan cukai berkuatkuasa bagi kiriman wang / draf bank).

  • Hanya untuk Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) semasa sahaja.
  • Permohonan semak semula keputusan PSPM dibuka bermula 22 Februari hingga 06 Mac 2024
  • Permohonan semak semula hanya bagi keputusan PSPM Semester I dan Semester III Sesi 2023/2024 dan hendaklah melalui kolej masing-masing.

Borang permohonan dan kiriman wang / draf bank yang tidak diisi dengan lengkap atau bayaran tidak mencukupi tidak akan diproses dan akan dikembalikan semula kepada pemohon.

Pemohon disarankan untuk membuat salinan borang permohonan dan salinan kiriman wang / draf bank untuk simpanan dan rujukan.

Keputusan semak semula yang diumumkan adalah muktamad dan sebarang rayuan untuk semak semula keputusan tidak akan dilayan.

Kaedah Bayaran Semak Semula Keputusan PSPM

Kaedah bayaran adalah seperti ketetapan berikut:

  • Pembayaran boleh dibuat secara tunai / kiriman wang / draf bank.
  • Borang permohonan yang dibuat secara serahan tangan hendaklah disertakan bayaran secara tunai di kaunter bayaran kolej.
  • Borang permohonan yang dihantar secara kurier hendaklah dikepil bersama dengan kiriman wang / draf bank.
  • Bayaran dalam bentuk cek peribadi tidak akan diterima.
  • Pembayaran yang menggunakan kiriman wang / draf bank hendaklah dibuat atas nama Pengarah Kolej Matrikulasi.

Kaedah Serahan Dokumen Semak Semula Beserta Bayaran

Bagi serahan tangan, adalah seperti berikut

  1. Hantar borang permohonan yang lengkap kepada Pegawai Peperiksaan kolej untuk semakan.
  2. Buat pembetulan sekiranya borang tidak lengkap.
  3. Sekiranya borang permohonan lengkap, serah bayaran di kaunter bayaran kolej untuk mendapatkan resit rasmi bayaran.
  4. Serah borang permohonan dan salinan resit kepada Pegawai Peperiksaan kolej.

Bagi penghantaran melalui kurier pula, adalah seperti berikut

  1. Pembayaran yang menggunakan kiriman wang / draf bank hendaklah dikepilkan bersama-sama borang permohonan.
  2. Hantar borang permohonan dan kiriman wang / draf bank asal dengan menggunakan perkhidmatan kurier (Pos Laju, DHL, GDex, City Link dan lain-lain) ke alamat kolej masing-masing.

Diharapkan info tentang Semakan Keputusan PSPM bagi Sesi 2023/2024 ini bermanfaat untuk semua calon-calon PSPM, ibu bapa dan semua pelajar matrikulasi yang terlibat.

Selamat berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More