Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Keputusan STPM 2020 Boleh Dibuat Mulai 1 Julai 2021

Semakan Keputusan STPM 2020 yang boleh dibuat Mulai 1 Julai 2021. Dapatkan juga tips berguna untuk pelajar lepasan STPM. Baca artikel ini!

Secara umumnya, Sijil Pelajaran Malaysia(STPM) merupakan satu peringkat pengajian yang dikelolakan oleh Majilis Peperiksaan Malaysia(MPM) dan boleh dikatakan menjadi pilihan ramai kebanyakan pelajar. Kebiasaannya, STPM ini diambil oleh pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) yang tidak dapat menempatkan diri dalam matrikulasi, asasi ataupun diploma. STPM ini merupakan sebagai jalan penyambung pelajar untuk ke bidang pengajian yang lebih tinggi iaitu peringkat ijazah.

Semakan Keputusan STPM 2020 Boleh Dibuat Mulai 1 Julai 2021 1

Kepada masyarakat yang khususnya masih memandang remeh kepada pelajar lepasan STPM ini, ubahlah pemikiran anda kerana mereka juga mampu berjaya sebagaimana pelajar matrikulasi, asasi mahupun diploma yang lain. Apa yang membezakan seseorang itu terletak pada nilai kerajinan dan kesungguhan diri dalam menuntut ilmu. Ketahuilah banyak kemahiran-kemahiran lain yang berguna seperti penggunaan Canva dan aplikasi lain. Betul bukan?

Bagi mendapatkan kenyataan media rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM), anda boleh menekan di sini:

Isi Kandungan

4 Cara Membuat Semakan Keputusan STPM 2020

Terdapat beberapa cara yang digunakan bagi membuat semakan keputusan spm 2020 yang pelajar boleh gunakan, iaitu:

  • Semakan secara atas talian
  • Untuk membuat semakan keputusan penuh (slip keputusan), pelajar boleh melayari pautan di bawah:

Link:  http://stpm.mpm.edu.my/stpmK

  • Perkhidmatan SMS ringkasan keputusan

Semakan Keputusan STPM 2020 Boleh Dibuat Mulai 1 Julai 2021 2

  • Semakan keputusan STPM 2020 secara ringkas juga boleh dibuat melalui perkhidmatan SMS. Ikuti rajah di bawah:

Semakan Keputusan STPM 2020 Boleh Dibuat Mulai 1 Julai 2021 3

  • Keputusan dihantar melalui E-mel oleh MPM
  • Keputusan calon akan dihantar oleh MPM terus ke alamat e-mel calon . Ini hanyalah dibolehkan kepada calon yang membekalkan alamat e-mel ke MPM.
  • Kaedah khusus bagi beberapa kes
  • Jikalau calon datangnya dari Sekolah Kerajaan/Bantuan Kerajaan/swasta dan mempunyai masalah tertentu seperti tiada capaian internet, Pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/sekolah calon akan mengenalpasti calon yang berkaitan dan memaklumkan kaedah khusus yang sesuai bagi calon mendapatkan keputusan peperiksaan.

Masa Semakan Dibuka

  • Keputusan boleh disemak pada 1 Julai 2021, Khamis ini bermula jam 12.00 tengah hari

Tips Berkaitan Selepas Membuat Semakan Keputusan STPM 2020

Untuk pengetahuan pelajar lepasan STPM, anda sangatlah digalakkan untuk menerokai pelbagai info, tips dan nasihat sebelum meneruskan pengajian ke peringkat ijazah. Ini bagi memudahkan anda supaya tidak mengalami Culture Shock.

  •  Membuat carian yang mendalam berkaitan jurusan atau bidang yang ingin di pilih semasa ijazah nanti.

Semakan Keputusan STPM 2020 Boleh Dibuat Mulai 1 Julai 2021 4

  •  Mencari sebarang bantuan/biasiswa/zakat dan memohon dengan segera bagi meringankan kos perbelanjaan anda sepanjang pengajian ijazah.
  •  Menigkatkan segala kemahiran dalaman (soft skills) yang pelbagai terutamanya kebolehan berbahasa inggeris.
  •  Siap sedia dengan mental dan fizikal bagi menghadapi pengajian ijazah lebih-lebih lagi, persediaan mental semasa Online Distance Learning(ODL).

PENUTUP

Diharapkan agar perkongsian yang dibuat pada kali ini serba sedikit mampu membantu pelajar STPM pada tahun 2020 membuat Semakan Keputusan STPM 2020 dengan cara yang betul. Apa jua keputusan yang anda peroleh, terimalah dengan hati yang terbuka dan teruskan perjalanan anda.

Tingkatkan kualiti dan buatlah persiapan diri untuk menghadapi masa hadapan yang lebih mencabar. Step forward to achieve your success. Believe it, you can do it!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More