Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Keputusan SVM 2023 (Semester 1)

Semakan Keputusan SVM 2023 bagi semester 1 diumumkan bermula pada 6 November 2023, jam 10.00 pagi.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat semakan keputusan peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) untuk makluman semua calon.

Isi Kandungan

Makluman Tarikh Pengeluaran Keputusan / Semakan Keputusan SVM 2023 Bagi Semester 1

Calon boleh memperoleh keputusan peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) daripada Kolej Vokasional masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada hari tersebut.

Semakan keputusan peperiksaan SVM turut boleh dilakukan secara dalam talian mulai 10.00 pagi pada 6 November 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 12 November 2023.

Semakan Keputusan SVM 2023

Cara Semakan Keputusan SVM 2023

  • Calon boleh membuat Semakan Keputusan SVM 2023 mulai pukul 10.00 pagi pada 6 November 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 12 November 2023 secara dalam talian di pautan berikut

>>>Semakan Keputusan SVM 2023<<<

  • Laman ini membenarkan anda untuk membuat semakan keputusan secara dalam talian dengan mudah.
  • Sila buat pilihan peperiksaan semester pelajar untuk mula membuat semakan keputusan.
  • Slip keputusan peperiksaan bagi calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) juga boleh diperoleh dari kolej vokasional / sekolah masing-masing.

Semakan Keputusan SVM 2023

Info Kelayakan SPA Menggunakan Keputusan SVM

Ini info berkaitan syarat kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) bagi pelantikan dalam Perkhidmatan Awam.

Terdapat banyak pertanyaan daripada calon mengenai “tidak melepasi tapisan” walaupun hanya memohon jawatan yang memerlukan kelayakan SPM atau SVM sahaja.

SPA kenal pasti terdapat sebahagian besar calon yang memohon tidak jelas berkenaan syarat kelayakan minimum yang dinyatakan dalam iklan pengambilan SPA walaupun jawatan itu hanya mensyaratkan kelayakan di peringkat SPM / SVM.

Apakah maksud kelayakan minimum bagi SPM / SVM ini bagi membolehkan anda dilantik ke perkhidmatan awam?

MQA mengguna pakai penyetaraan SVM dengan 3 kredit SPM yang dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) seperti berikut:

  • Kepujian Bahasa Melayu 1104.
  • PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00.
  • PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67.
  • Kompeten semua modul vokasional.

Bagi SVM Kohort 2013-2016, penyetaraan SVM dengan 3 kredit SPM juga perlu mengambil kira lulus mata pelajaran Sejarah SPM.

Sehubungan itu, SVM bukanlah suatu kelayakan yang setara dengan Sijil (Tahap 3 MQF).

Semakan Keputusan SVM 2023

Semakan Keputusan SVM 2023

Semakan Keputusan SVM 2023

Semakan Keputusan SVM 2023

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Semakan Keputusan SVM 2023 ini, sila rujuk talian berikut iaitu 013 – 362 5452 atau 013 – 390 7879.

Keputusan adalah muktamad, semoga berjaya!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More