Sumber Rujukan Globalisasi Anda

SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA SPP DG41 ONE-OFF 2021 (FASA 2 DAN 3)

Keputusan Temuduga SPP DG41 One-off 2021 bagi fasa 2 dan 3 telah dibuka untuk semakan!

Anda juga boleh membuat Semakan Keputusan Ujian MUET Sesi 2 Tahun 2021 yang baru dibuka.

HEBAHAN KEPUTUSAN TEMU DUGA PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 SECARA ONE-OFF TAHUN 2021 BAGI FASA 2 DAN FASA 3.

APAKAH OPSYEN KEPUTUSAN TEMUDUGA SPP DG41 FASA 2 DAN FASA 3?

Keputusan temu duga Fasa 2 dan Fasa 3 adalah bagi opsyen – opsyen seperti berikut :

FASA 2 :

  • SEJARAH;

FASA 3 :

  • REKA BENTUK TEKNOLOGI;
  •  PENDIDIKAN MORAL;
  • DINI;
  • TEKNOLOGI ELEKTRIK;
  • TEKNOLOGI AUTOMOTIF;
  • SENI KULINARI;
  • TEKNOLOGI KIMPALAN;
  • TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI;
  • TEKNOLOGI PENYEJUKAN & PENYAMANAN UDARA;
  • KOSMETOLOGI;
  • TEKNOLOGI ELEKTRONIK;
  • TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN;
  • BAKERI DAN PASTRI;
  • TEKNOLOGI PEMBINAAN;
  •  PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK;
  • AGROINDUSTRI TERNAKAN POULTRI;
  • AGROINDUSTRI TANAMAN;
  •  AGROINDUSTRI TERNAKAN RUMINAN;
  • HORTIKULTUR;
  • TEKNOLOGI ENJIN MARIN;
  • TEKNOLOGI MEKANISASI AGRO;
  • BIOTEKNOLOGI;
  • FLORIKULTUR;
  • INSURANS; dan
  • PENGURUSAN PERUNCITAN.

Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh KPM.

KEPUTUSAN TEMUDUGA SPP DG41

BAGAIMANAKAH CARA MENYEMAK KEPUTUSAN TEMUDUGA SPP DG41?

Calon boleh membuat semakan keputusan temu duga melalui pautan berikut :

KEPUTUSAN TEMUDUGA SPP DG41

BILAKAH WAKTU SEMAKAN BOLEH DIBUAT?

Semakan boleh dibuat pada waktu seperti berikut :

  1. Isnin – Khamis : 9.00 pagi – 1.00 petang, 2.00 petang – 4.00 petang.
  2. Jumaat : 9.00 pagi – 12.15 tengah hari.

APAKAH TINDAKAN SELANJUTNYA BAGI CALON YANG BERJAYA DALAM KEPUTUSAN TEMUDUGA SPP DG41 ?

Berikut adalah tindakan yang perlu dilakukan jika calon berjaya :

  1. Calon yang berjaya perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam (6) minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat;
  2. Suruhanjaya hanya akan mengemukakan sekali sahaja surat tawaran pelantikan ini dan menjadi tanggungjawab calon untuk menyimpan surat berkenaan dengan baik serta selamat. Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.
  3. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat [email protected]
  4. Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut.
  5. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.

Bagi calon yang menerima keputusan temu duga “TERTAKLUK KEPADA KELULUSAN MESYUARAT SURUHANJAYA”, keputusan temu duga calon akan diumumkan dalam masa terdekat.

KEPUTUSAN TEMUDUGA SPP DG41

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut atau jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi :

Akhir kata, semoga berjaya diucapkan buat calon-calon yang menduduki temuduga SPP DG41 Fasa 2 dan Fasa 3 tersebut. Andai berjaya, jadilah sebaik-baik pendidik yang mendidik dengan penuh tanggungjawab.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda “Jadilah kamu orang yang mengajar, atau orang yang belajar, atau orang yang mendengar, atau orang yang cinta kepada ilmu”.

Berdasarkan hadis di atas, kita dapat melihat betapa besar peranan seorang guru atau pengajar dalam menjadikan muridnya seorang yang berguna pada masa hadapan.

Tanpa ilmu yang disebarkan oleh seseorang guru, negara tidak akan berkembang dengan sewajarnya.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More