Sumber Rujukan Globalisasi Anda

SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN MUET SESI 2 TAHUN 2021

Keputusan Ujian MUET atau Malaysian University English Test Sesi 2 Tahun 2021 boleh disemak mulai 13 Januari 2022, Khamis, jam 10.00 pagi secara online melalui portal atau SMS.

Selain itu, anda juga boleh membaca berkenaan Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024.

keputusan ujian muet

Isi Kandungan

SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN MUET SESI 2 TAHUN 2021

Keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi 2 Tahun 2021 boleh disemak mulai :

  • Khamis (13 Januari 2022), jam 10.00 pagi.

BAGAIMANAKAH CARA MEMBUAT SEMAKAN?

Semakan boleh dibuat melalui 2 kaedah iaitu :

  1. Semakan Online :
  2. Semakan Melalui SMS :
    • Calon boleh menyemak dengan menghantar SMS seperti berikut :
    • MUET<jarak>RESULT<jarak>No. KP dan hantar ke 15888 (Contoh: MUET RESULT 99030310xxx).

keputusan ujian muet

BAGAIMANAKAH CARA MEMBUAT RAYUAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN MUET?

Rayuan semakan semula keputusan MUET boleh dibuat melalui kaedah seperti berikut :

  • Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online di portal MPM atau website MUET.
  • Bayaran yang dikenakan bagi rayuan penyemakan semula ialah RM70.00. Calon boleh membuat pendaftaran dengan cara membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional. Calon juga boleh membuat pembayaran secara online iaitu melalui FPX (dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.00) atau melalui Kad Kredit/Kad Debit (dikenakan caj tambahan RM2.50).
  • Tarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan bagi setiap sesi.
  • Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak selepas 18 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja). Keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM.
  • MPM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.

KEPUTUSAN UJIAN MUET

APAKAH KOMPONEN UJIAN MUET?

Peperiksaan MUET meliputi empat komponen iaitu:

  1. Listening (30 minit)
  2. Speaking (30 minit)
  3. Reading (90 minit)
  4. Writing (90 minit)

Keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

BAGAIMANAKAH CARA MEMBUAT PENDAFTARAN MUET 2022?

Pendaftaran MUET akan dibuka mengikut tarikh-tarikh tertentu. Bagi pendaftaran MUET Sesi 1 Tahun 2022 telah dibuka untuk pendaftaran.

Calon dikehendaki menyemak status pendaftaran dan tarikh menduduki ujian pada slip daftar (MUET / D) melalui portal MPM dan mencetaknya sebagai tiket untuk menduduki ujian.

Pendaftaran adalah secara dalam talian (online).

BERAPAKAH BAYARAN YANG DIKENAKAN UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN MUET?

Bayaran untuk menduduki ujian ini ialah RM100.00 bagi calon warganegara dan RM350.00 bagi calon bukan warganegara dengan cara perbankan internet / kad kredit di pautan pendaftaran MUET.

 

KEPUTUSAN UJIAN MUET

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan MUET dan MUET on Demand (MoD), sila layari :

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua yang membaca. Semoga adik-adik yang menduduki ujian MUET ini berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang!

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More