Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Penempatan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025

Semakan Penempatan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025 dan Proses Pengesahan Penempatan secara atas talian (online) bagi sesi 2024/2025 akan dibuka tidak lama lagi.

Mohon ibu bapa yang mempunyai anak yang akan memasuki Darjah 1 Tahun 2024, sila ambil maklum berkaitan tarikh-tarikh penting ini untuk membuat semakan dan cetakan surat penempatan anak Tuan / Puan.

Surat penempatan ini perlu dibawa bersama sewaktu mendaftar anak anda pada bulan Februari 2024 nanti.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan bagi Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025 yang telah dibuat.

Isi Kandungan

Semakan Penempatan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025

Adalah dimaklumkan bahawa Semakan Penempatan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025 di Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) akan dibuka mulai 1 Oktober 2023 untuk memudahkan ibu bapa membuat semakan permohonan dan cetakan untuk pendaftaran anak-anak mereka.

Jadi, bagi ibu bapa yang sudah terlupa di mana slip penempatan Tahun 1 untuk pendaftaran sekolah anak anda bulan Mei 2023 yang lalu, jangan lupa untuk membuat semakan dan war-warkan juga kepada ibu bapa yang lain.

Pengesahan Penempatan boleh dibuat oleh ibu bapa secara atas talian (online) atau dengan terus hadir ke sekolah.

Semakan Penempatan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025

Semakan Penempatan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025

Semakan Penempatan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025

Semakan Penempatan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025

Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh-tarikh penting Semakan Penempatan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025 adalah seperti berikut:

Tarikh Surat Keputusan Penempatan

1 Oktober 2023

Tempoh Permohonan Rayuan

1 Oktober 2023 – 30 Oktober 2023

Tarikh Mula Dan Tamat Pengesahan Penempatan

1 Oktober 2023 – 30 Oktober 2023

Tarikh Keputusan Rayuan

1 Oktober 2023

Untuk makluman, permohonan rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem sahaja iaitu dibuat secara atas talian (online) dan keputusan juga adalah melalui sistem. Tiada rayuan secara manual boleh dilakukan.

Proses Pengesahan Dan Semakan Penempatan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025

Proses Semakan Penempatan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025 dan Proses Pengesahan Penempatan boleh dilakukan berdasarkan panduan berikut.

  1. Layari Sistem Pengurusan IDentiti (idMe).
  2. Tekan butang “Daftar Masuk”.
  3. Klik pada “Semakan Status Permohonan Tahun 1”.
  4. Setelah itu, pilih “Semakan Penempatan”.
  5. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  6. Pengguna boleh mencetak surat penempatan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

Contoh surat tawaran penempatan Tahun 1 adalah seperti gambar di bawah.

Semakan Penempatan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025

Tindakan Ibu / Bapa / Penjaga

Berikut adalah tindakan yang perlu dilakukan oleh ibu / bapa / penjaga setelah membuat semakan penempatan anak.

  1. Ibu / bapa / penjaga perlu membuat Pengesahan Penempatan dalam sistem secara atas talian (online).
  2. Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar SECARA FIZIKAL ke sekolah. Namun Salinan tersebut perlu DICETAK dan DISIMPAN dengan SELAMAT oleh ibu / bapa / penjaga untuk kegunaan semasa PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
  3. Ibu / bapa / penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut.

Permohonan Rayuan

Sekiranya ibu bapa ingin membuat permohonan rayuan bagi penempatan yang diterima, anda boleh membuat rayuan mulai 1 Oktober hingga 30 Oktober 2023.

Sila rujuk panduan di bawah untuk membuat permohonan rayuan.

  1. Permohonan RAYUAN PENEMPATAN hanya dibuat secara ONLINE dalam sistem dan TIADA proses RAYUAN MANUAL.
  2. Sekiranya ingin membuat RAYUAN, perakuan online perlu dibuat kerana Butang RAYUAN hanya akan aktif selepas proses PERAKUAN ibu / bapa / penjaga dilaksanakan.
  3. Keputusan RAYUAN adalah MUKTAMAD dan perlu DISEMAK sendiri oleh ibu / bapa / penjaga dalam sistem yang sama.
  4. Keputusan RAYUAN perlu dicetak dan disimpan oleh ibu / bapa / penjaga dengan SELAMAT untuk kegunaan PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.

Tindakan Sekolah

Antara tindakan-tindakan yang perlu dibuat oleh pihak sekolah pula adalah seperti berikut:

  1. MUAT TURUN, CETAK dan SIMPAN SEMUA SURAT PENEMPATAN termasuk KEPUTUSAN RAYUAN dari SISTEM (softcopy & hardcopy).
  2. Semak STATUS PERAKUAN ibu / bapa / penjaga. Hubungi ibu / bapa / penjaga yang tidak membuat PERAKUAN secara atas talian (online). Sekiranya ibu / bapa / penjaga menghadapi masalah, mohon pihak sekolah membantu bagi menyelesaikan proses tersebut.
  3. Rekod catatan bagi setiap tindakan yang telah diambil.

Semoga maklumat yang dikongsikan ini boleh digunakan sebagai panduan pelaksanaan proses kerja tersebut.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Semakan Penempatan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025 atau segala pertanyaan dan masalah mengenai pilihan sekolah, pendaftaran akaun pengguna (ID Pengguna dan Kata Laluan) boleh menghubungi no telefon dan emel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan Tuan / Puan melalui sistem.

Semoga perkongsian info tentang Semakan Penempatan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025 ini dapat membantu ibu / bapa / penjaga yang mempunyai anak Tahun 1 yang akan didaftarkan ke sesi persekolahan yang akan dibuka nanti. Semoga Bermanfaat!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More