Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Status i-Sinar KWSP Kategori 2

Semakan Status i-Sinar KWSP Kategori 2

Semakan Status i-Sinar KWSP Kategori 2 boleh dilakukan bermula jam 8 pagi, pada 8 Februari 2021, manakala semakan untuk Kategori 1 boleh dibuat lebih awal sejak 4 Januari 2021 yang lalu.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terlebih dahulu telah memaklumkan akan terdapatnya kesalahan teknikal berhubung dengan paparan status i-Sinar. Justeru, pemohon dinasihatkan untuk membuat semula semakan bermula hari ini, 8 Februari 2021 pada jam 8 pagi.

Semakan Status i-Sinar KWSP Kategori 2

Di sini kami kongsikan maklumat mengenai semakan status i-Sinar KWSP Kategori 2 untuk makluman kita bersama.

Cara Membuat Semakan Status i-Sinar KWSP Kategori 2

 

Semakan status i-Sinar boleh dilakukan dengan menggunakan portal i-Sinar melalui cara-cara berikut:

  1. Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS
  3. Isikan maklumat yang diminta
  4. Status kelulusan akan dipaparkan

 

Semakan Status i-Sinar KWSP Kategori 2

 

Bagi yang telah muat turun aplikasi i-Akaun KWSP ke telefon bimbit, anda juga boleh membuat semakan di aplikasi tersebut melalui cara-cara berikut:

  1. Buka apps i-Akaun melalui smartphone atau laman web https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  2. Login menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan
  3. Semak bahagian PERMOHONAN PENGELUARAN / Inbox
  4. Status permohonan i-Sinar akan dipaparkan.

 

 

Tarikh Bayaran i Sinar Kategori 2

 

  1. Bagi i-Sinar Kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.
  2. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
  3. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  4. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

Maklumat tambahan: Melalui maklumat yang diterima daripada pengguna di media sosial, bayaran iSinar Kategori 2 akan dibuat secara berperingkat bermula 25 Februari 2021 ini.

 

 

Pindaan Amaun

 

Anda dibenarkan untuk membuat pindaan kepada maklumat permohonan yang telah anda hantar pada Disember 2020 lalu. Cara membuat pindaan adalah seperti berikut:

  1. Klik tab ‘Semak Status Permohonan’ di i-Sinar Online.
  2. Pilih ‘Kemas Kini Permohonan’ untuk meminda maklumat seperti amaun permohonan, alamat surat menyurat, dan nombor akaun bank.

 

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848, atau rujuk Soalan Lazim (FAQ) i-Sinar.

 

Penutup

Akhir kata, diharap perkongsian berkaitan dengan Semakan Status i-Sinar KWSP Kategori 2 ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat buat semua dalam melalui keadaan pandemik sekarang ini. Semoga dipermudahkan segala urusan kita sentiasa.

Untuk mendapatkan lebih banyak info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

 

Artikel berkaitan:

i-Sinar Kategori 2 | Cara Memohon, Syarat & Dokumen Yang Diperlukan

Golongan T20 Guna i-Sinar Beli Saham Dan Emas

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More