Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Status i-Suri KWSP 2021

Semakan Status i-Suri KWSP 2021

Semakan Status i-Suri KWSP 2021 kini boleh dilakukan secara atas talian melalui Portal Rasmi e-Kasih, khas untuk suri rumah yang berdaftar dengan sistem e-Kasih dan bakal menerima skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Semakan Status i-Suri KWSP 2021 1

Untuk makluman, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 20 juta bagi menjayakan fasa pertama skim KWSP yang dikenali sebagai Program Sukarela Insentif Suri (i-SURI). i-SURI yang dilaksanakan dalam tiga fasa adalah skim yang disasarkan kepada golongan suri rumah yang berdaftar dengan sistem e-Kasih. Golongan suri rumah ini termasuklah sama ada isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR), mahupun ketua isi rumah itu sendiri yang terdiri daripada golongan ibu tunggal, balu, janda atau wanita bujang.

 

Isi Kandungan

Semakan Status i-Suri KWSP 2021

 

Di sini kami kongsikan cara-cara untuk anda membuat semakan i-Suri secara atas talian melalui portal e-Kasih.

  1. Pemohon perlu layari laman sesawang atau Portal Rasmi e-Kasih di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan
  2. Isi nombor kad pengenalan anda di ruangan disediakan.
  3. Tekan butang Klik Untuk Cari.
  4. Jika maklumat anda sudah ada di dalam senarai daftar e-Kasih, maklumat pengesahan kewujudan nombor kad pengenalan anda di dalam sistem akan dipaparkan. Butiran yang akan ditunjukkan termasuklah Nama, Ketua Isi Rumah (KIR) / Ahli Isi Rumah (AIR), Nama KIR, Negeri dan Daerah.
  5. Bagi anda yang tiada maklumat yang wujud di dalam pangkalan data e-Kasih, sistem akan memaparkan kenyataan bahawa nombor kad pengenalan anda tidak wujud dalam sistem e-Kasih. Jadi anda perlu pastikan anda telah mendaftar dengan sistem e-Kasih.

Semakan Status i-Suri KWSP 2021

 

 

Maklumat Lanjut

 

Sebarang maklumat lanjut mengenai Semakan Status i-Suri KWSP 2021 boleh didapati dengan melayari laman web Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau hubungi mereka melalui talian 03-8922 6000. Jika anda mahukan lebih maklumat berkaitan Insentif i-SURI itu sendiri, sila layari laman web Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) atau hubungi terus Pusat Pengurusan Perhubungan KPWKM di nombor 03-8000 8000.

Penutup

Akhir kata, diharap perkongsian mengenai Semakan Status i-Suri KWSP 2021 ini dapat membantu menyalurkan maklumat sedikit sebanyak kepada semua, terutama dalam keadaan pandemik sekarang ini. Semoga urusan kita semua sentiasa dipermudahkan hendaknya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info semasa, anda boleh klik pautan ini t.me/tcerdotmy. Terima kasih.

 

Artikel berkaitan:

Permohonan Bantuan i-Suri KWSP 2021 Bagi Suri Rumah RM480 Setahun

TERKINI: Semakan Rayuan GKP 2.0 Bermula 4 Februari- Bantuan RM3000 One Off

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More