Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Bantuan i-Suri KWSP 2021 Bagi Suri Rumah RM480 Setahun

Permohonan Bantuan i-Suri KWSP 2021 Bagi Suri Rumah / RM480 Setahun adalah satu inisiatif kejaraan bagi membantu sedikit sebanyak benanan terutamanya kepada surirumah dalam menjalani kehidupan terutamanya pada fasa PKP ini.

permohonan bantuan i-suri

ANDA ingin daftar i-Suri KWSP? Berita baik buat anda golongan suri rumah yang berkelayakan membuat permohonan bantuan i-Suri KWSP tahun 2021. Berikut dikongsikan Cara Permohonan i-Suri KWSP 2021 Bagi Suri Rumah RM480 Setahun buat panduan anda.

Sedia maklum, i-Suri KWSP merupakan singkatan kepada Insentif Suri yang adalah Caruman Sukarela untuk suri rumah yang berdaftar dibawah sistem e-Kasih. Kerajaan telah memperuntukkan RM 20 juta bagi menjayakan fasa pertama skim yang dikenali Program Sukarela Insentif Suri (SURI).

Permohonan Bantuan i-Suri KWSP 2021 Bagi Suri Rumah RM480 Setahun

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Permohonan Bantuan i-Suri KWSP termasuk syarat kelayakan dan manfaat:

 

Cara Permohonan i-Suri KWSP Tahun 2021

1. Bagi golongan suri rumah yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin mendaftar insentif i-Suri KWSP, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa Mykad serta dua borang seperti berikut:

◼️ Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)

◼️ Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)
borang permohonan bantuan i-suri 1
borang permohonan bantuan i-suri 1
borang permohonan bantuan i-suri 2
borang permohonan bantuan i-suri 2

 

Syarat Kelayakan i-Suri KWSP 2021

Antara Syarat Kelayakan Permohonan i-Suri KWSP adalah seperti berikut:

1. Mestilah warganegara Malaysia
2. Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 Nov 2018
3. Belum mencapai umur 60 tahun
4. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
5. Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)

permohonan bantuan i-suri

Manfaat Insentif i-Suri KWSP

Antara Manfaat i-Suri KWSP adalah seperti berikut:

1. Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200* pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya.
2. Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
3. Menerima dividen tahunan KWSP.
4. Bantuan Kematian: RM2,500.

Info Penting:
** tertakluk kepada terma dan syarat KWSP
*Sumbangan kerajaan ke dalam akaun KWSP sehingga RM200 kepada mereka yang layak bagi caruman untuk tempoh Ogos – Disember 2018. Bagi tahun berikutnya, jumlah sumbangan adalah sehingga RM480 setahun (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).

Cara Dan Saluran Bayaran i-Suri KWSP

A. Perbankan Internet
– Pemindahan wang secara elektronik:
Maybank
Public Bank
RHB Bank

B. Kaunter Ejen Bank
– Tunai/cek
BSN
Maybank
Public Bank
RHB Bank

C. Kaunter KWSP
Tunai (maksimum RM500) /cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan i-Suri KWSP, sila menghubungi di Pusat Pengurusan Perhubungan 03 – 8922 6000 atau layari di Portal KWSP www.kwsp.gov.my.

Link Semakan i-suri : Semakan Status i-Suri KWSP 2021

Penutup

Akhir kata, diharap perkongsian berkaitan dengan Permohonan Bantuan i-Suri KWSP 2021 Bagi Suri Rumah / RM480 Setahun ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat buat semua dalam melalui keadaan pandemik sekarang ini. Semoga dipermudahkan segala urusan kita sentiasa.

Untuk mendapatkan lebih banyak info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

 

Artikel berkaitan:

Semakan Status i-Suri KWSP 2021

i-Sinar Kategori 2 | Cara Memohon, Syarat & Dokumen Yang Diperlukan

Golongan T20 Guna i-Sinar Beli Saham Dan Emas

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More