Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Senarai Bahan Beracun Dalam Produk Kosmetik

SHAH ALAM – Walaupun telah diumumkan mengandungi bahan kimia terlarang, namun sembilan produk kosmetik didapati masih bebas dijual di pasaran ketika ini.

Bahan Terlarang Pada Kosmetik

Antara produk tersebut ialah krim pemutih wajah dan sabun yang dipercayai mengandungi bahan kimia terlarang termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan seperti merkuri, hidrokuinon dan tretinoin.

Senarai Bahan Beracun Dalam Produk Kosmetik

Hasil carian di portal rasmi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati sembilan produk berkenaan tersenarai dalam produk yang telah diharamkan.

Menurut portal itu, produk yang tersenarai tidak lagi dibenarkan dijual di negara ini dan pihak kementerian telah pun mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan dikeluarkan dari pasaran kerana ia boleh memberikan kesan serius kepada pengguna.

Seorang penjual yang ditemui mendakwa dia tidak mendapat sebarang pemberitahuan daripada mana-mana pihak mengenai produk yang dijual itu telah diharamkan.

“Semua produk di sini memang tidak ada masalah, saya tidak tahu kalau ada yang telah diharamkan oleh mana-mana pihak,” katanya kepada Sinar Ahad.

Dalam pada itu, dia berkata, produk kosmetik yang dijualnya mampu memberikan kesan drastik kepada pengguna dengan pemakaian dalam masa dua minggu sahaja.

“Kalau pakai produk ini muka akan terus cantik. Jerawat makin kecut, muka jadi lebih licin. Ini pun dah ramai orang beli, tinggal berapa sahaja lagi,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penjual mendakwa kesemua produk yang terdapat di kedainya itu selamat kerana masing-masing mempunyai kelulusan daripada pihak KKM.

“Semua produk di sini bagus dan ada kelulusan KKM. Boleh digunakan tanpa sebarang keraguan dan waswas,” katanya.

Sumber Sinar Harian

Artikel Lain : Awas Produk PS 21 Capsule Ada Racun

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More