Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Senarai Barangan MyKasih Bagi Program SARA 2024

Program SARA 2024 telah bermula pada 22 Januari baru-baru ini. Jadi, apakah senarai barangan MyKasih yang boleh dibeli menggunakan bantuan tersebut?

Berikut dikongsikan info terkini mengenai senarai barangan MyKasih untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.

Isi Kandungan

Senarai Barangan MyKasih

Penerima SARA 2024 boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Tidak perlu risau, kesemua barangan keperluan asas yang terlibat dengan Program SARA 2024 akan dilabel pada rak di pasar raya atau kedai runcit terpilih untuk rujukan penerima.

Senarai Barangan MyKasih Bagi Program SARA 2024 1
Senarai Barangan MyKasih

Contoh senarai barangan MyKasih yang terlibat dan mengikut kategori beserta jenama adalah seperti berikut:

KategoriJenama
Beras1. Jasmine
2. Jati
3. Saga
4. Bernas
5. Faiza
6. Ketupat
7. ROYAL UMBRELLA
Roti1. Gardenia
2. Massimo
3. Mighty White
Telur1. NutriPlus
2. CP Brand
3. QL Eggs
Minyak1. Saji
2. Alif
3. Daisy
4. Buruh
5. Seri Murni
6. Vesawit
7. Knife
Tepung1. Faiza
2. Blue Key
3. MFM Cap Ros
4. Tepung Gandum Cap Wau
5. Tepung Cap Lili
Biskut1. Munchy’s
2. Tiger
3. Julie’s
4. KERK
5. Kraft Foods
6. Chips More
7. JACOBS
8. HWA TAI
9. HUB SENG
Mee Segera1. MAMEE
2. Maggi
3. Indo Mie
4. Mi Sedaap
5. Cintan
6. EKA
Minuman1. BOH
2. Fernleaf
3. Horlicks
4. QUAKER
5. Vico
6. MARIGOLD
7. F&N
8. MILO
9. DUTCH LADY
10. NESCAFE
Makanan Dalam Tin1. Adabi
2. TC BOY
3. AYAM BRAND
4. Yeo’s
5. Kimball
6. KING CUP
Bahan Perasa1. Kimball
2. Life
3. Maggi
4. Jalen
5. Faiza
6. Tamin
7. Planta
8. HABHAL’S
9. Puteri
10. CSR
Produk Kecantikan1. Colgate
2. Kotex
3. Dettol
Ubat-Ubatan1. PROSPAN
2. HURIX’S
3. STERIMAR
4. Panadol
5. Difflam
Barangan Sekolah1. STABILO
2. FABER CASTELL
3. STAEDTLER
4. Bata
5. Canggih
Senarai Barangan MyKasih

Senarai Pasar Raya & Kedai Runcit

Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai pasar raya atau kedai runcit terdekat untuk membeli barangan keperluan asas.

MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Untuk menyemak kelayakan SARA 2024 anda serta melihat senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat, anda boleh semak pada pautan berikut:

>>>Semakan Status Kelayakan SARA 2024<<<

Kaedah Pembelian Barang Keperluan

Kaedah pembelian barangan keperluan pula adalah seperti berikut:

Pilih Barangan Keperluan

Senarai Barangan MyKasih Bagi Program SARA 2024 2
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.

Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan

Senarai Barangan MyKasih Bagi Program SARA 2024 3
Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.

Imbas Kod Barangan

Senarai Barangan MyKasih Bagi Program SARA 2024 4
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.

Bayar Menggunakan MyKad

Senarai Barangan MyKasih Bagi Program SARA 2024 5
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.

Simpan Resit Untuk Semakan

Senarai Barangan MyKasih Bagi Program SARA 2024 6
Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Kaedah Semakan Baki SARA Dalam Akaun MyKad Penerima

Semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:

  • Semakan pada portal rasmi MyKasih:

>>>Semakan Baki SARA Dalam Akaun MyKad Penerima Disini<<<

  • Semakan baki pada resit pembelian:
Senarai Barangan MyKasih Bagi Program SARA 2024 7
Senarai Barangan MyKasih

Adakah Penerima Perlu Bayar Lebihan Amaun Sekiranya Amaun Pembelian Melebihi Baki Semasa SARA Dalam MyKad Penerima?

Ya.

Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan sahaja.

Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.

Penerima Tidak Menghabiskan Baki Elaun Tersebut Pada Bulan Semasa, Adakah Baki Elaun Tersebut Boleh Dibawa Ke Bulan-Bulan Seterusnya?

Ya.

Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa.

Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2024 akan luput secara automatik.

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More