Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Senarai Kekosongan Premis Perniagaan Selangor 2023

Premis Perniagaan Selangor pastinya diidam ramai terutama bagi golongan mereka yang berniaga. Manakan tidak, betapa banyak gerai yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor di bawah kelolaan Majlis Perbandaran masing-masing yang menawarkan premis perniagaan dengan kadar sewa sangat rendah.

Bayangkan, sebiji kedai di bandar dengan sewa RM250 sahaja, mana lagi nak dapat? Betul tak? Kalau sewa dengan individu atau syarikat persendirian, tentunya kedai kecil pun sewa hampir seribu ringgit atau lebih.

premis perniagaan selangor
Contoh Premis Perniagaan Selangor

Isi Kandungan

Kekosongan Premis Perniagaan Selangor 2023

Bagi setiap Majlis Perbandaran, segala permohonan atau kekosongan hanya akan dimaklumkan oleh pihak mereka. Biasanya, apabila telah masuk tahun baru, peniaga perlu renew lesen perniagaan mereka dan renew juga sewa di gerai atau premis perniagaan yang mereka diami. Namun, ada peniaga yang tidak menyambungnya lagi kerana beberapa faktor tersendiri.

Justeru, ia membuka peluang kepada peniaga lain untuk memohon premis perniagaan Selangor ini. Di sini, kami senaraikan beberapa kekosongan di Majlis Perbandaran Selayang dan juga Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Kekosongan premis perniagaan di Majlis Perbandaran Kuala Selangor adalah meliputi perniagaan seperti berikut:

  1. Pasar Awam
  2. Gerai Medan Selera
  3. Gerai Penjaja Kecil
  4. Kedai / PLB / UPEN
  5. Kompleks Bazar

premis perniagaan selangor

Menurut Majlis Perbandaran Kuala Selangor lagi, kekosongan premis perniagaan adalah seperti senarai berikut:

Kuala Selangor:

  • Gerai Medan Selera Dataran Malawati
  • Kiosk Pusat Pelancongan Kelip-Kelip Kampung Kuantan
  • Kedai Bawah Plaza Kuala Selangor

Bestari Jaya:

  • Pasar Awam Bestari Jaya
  • Kedai Luar Bandar Kampung Jaya Setia

Jeram:

  • Kompleks Bazar Sungai Buloh
  • Pasar Awam Sungai Buloh

Tanjong Karang:

  • Gerai Medan Selera Jalan KP/2, Pusat Bandar
  • Pasar Awam Tanjong Karang
  • Kedai Luar Bandar Sungai Sireh
  • Kaunter Bas dan Teksi Tanjong Karang
  • Geria Hentian Bas dn Teksi Tanjong Karang

Ijok:

  • Kedai Luar Bandar Kampung Batu 7

Puncak Alam:

  • Gerai Astana, Jalan Astana

premis perniagaan selangor

Tarikh Tutup Iklan MPKS

Iklan kekosongan premis perniagaan Selangor oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor ini dibuka bermula 27 Januari 2023 dan akan tutup pada 9 Februari 2023.

Borang Permohonan Dan Maklumat Lanjut

Pemohon perlu mengisi borang yang dimuatnaik menerusi link ini: BORANG PERMOHONAN atau boleh juga rujuk borang di bawah yang kami sediakan:

Borang 1:

Senarai Kekosongan Premis Perniagaan Selangor 2023 1

Borang 2:

Senarai Kekosongan Premis Perniagaan Selangor 2023 2

Borang 3:

Senarai Kekosongan Premis Perniagaan Selangor 2023 3

Borang yang lengkap hendaklah diserahkan melalui serahan tangan bersama-sama dokumen serta bayaran yuran proses di Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPKS di talian 03-32891439 sambungan 172 atau 215.

Majlis Perbandaran Selayang

Zon Rawang dan Kepong:

  • Gerai MPS Rawang
  • Seri Selera MPS Bukit Rawang Jaya
  • Seri Kuih MPS Taman Bidara

Zon Selayang:

  • Gerai MPS Jalan 50A Selayang Baru
  • Seri Selera MPS Taman Selayang
  • Gerai MPS Selayang Indah

Senarai Kekosongan Premis Perniagaan Selangor 2023 4

Zon Gombak:

  • Medan Selera Pinggiran Batu Caves
  • Gerai MPS Taman Gombak RiaSeri Selera Taman Samudera
  • Seri Selera MPS Sungai Pusu
  • Seri Selera  MPS Taman Greenwood
  • Gerai MPS Bazaar Taman Greendwood
  • Gerai MPS Taman Bolton

premis perniagaan selangor

Zon Pasar:

  • Pasar Taman Ehsan
  • Pasar Selayang Baru (Tingkat Bawah)
  • Pasar Selayang Baru (Tingkat Atas)

Senarai Kekosongan Premis Perniagaan Selangor 2023 5

  • Pasar Taman Sri Gombak

Senarai Kekosongan Premis Perniagaan Selangor 2023 6

Syarat-Syarat Utama Penyewaan Harta Sewaan MPS :

  1.  Menjalankan perniagaan sendiri (tidak dibenarkan menyerahkan, menyewa atau menjual kepada orang lain) Membayar sewaan gerai tanpa gagal setiap bulan.
  2. Tiada pindaan / tambahan kepada gerai asal.
  3. Mempunyai lesen perniagaan yang sah daripada Majlis Perbandaran Selayang dan hendaklah mempamerkannya.

Syarat-Syarat Permohonan :

  1.  Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia.
  2. Had umur 21 – 65 tahun.
  3. Tidak mempunyai pekerjaan tetap.
  4. Penyewa atau pasangan bukan penyewa premis MPS sediaada.
  5. Pemohon atau pasangan tidak mempunyai premis MPS yang lain.
  6. Pemohon tidak seorang yang diisytiharkan muflis/ bankrap.
  7. Hanya Pemohon yang lengkap vaksinasi dibenarkan menghadiri temuduga kekosongan premis MPS.

Tarikh Tutup Iklan :

Iklan oleh MPS ini dibuka sejak 16 Januari 2023 dan akan ditutup pada 31 Januari 2023.

Borang Permohonan Dan Maklumat Lanjut :

Borang Permohonan boleh diperolehi di :

  • Bahagian Pengurusan Harta Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Selayang Persiaran 3, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
  • Tel. : 03-6126 5920 / 5921 / 5923

Penutup

Bukan senang nak tunggu premis perniagaan ini kosong. Disebabkan kadar sewa dan lokasi yang kebanyakannya strategik, tidak hairanlah premis perniagaan Selangor ini menjadi rebutan ramai. Semoga kalian yang memerlukan dan berniat untuk melonjakkan perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi tahun 2023 ini dipermudahkan urusan untuk mendapatkan premis perniagaan seperti kekosongan di atas.

Bagi anak muda yang sedan berjinak atau bergiat aktif dalam bidang pertanian, selain boleh menyewa kedai ini, kalian juga boleh memohon sumbangan atau bantuan dari kerajaan berupa yang tunai atau mesin-mesin yang tidak memerlukan bayaran balik.

Macam mana nak mohon? klik link DI SINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More