Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Senarai Lokasi Menu Rahmah Seluruh Malaysia

Senarai Lokasi Menu Rahmah Seluruh Malaysia kini telah tersedia pada direktori menu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Seperti yang kita sedia maklum, inisiatif Menu Rahmah merupakan salah satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang digerakkan oleh peniaga (Private Driven Initiative) dan dilakukan secara sukarela.

  • Menu Rahmah telah dilancarkan pada 31 Januari 2023 oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebagai satu cabang daripada dasar jangka pendek, Payung Rahmah, dalam menanangi kesulitan golongan kurang berkemampuan.
  • Menu Rahmah yang telah diperkenalkan beberapa bulan ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak dengan rata-rata memuji inisiatif ini.
  • Antara rakan strategik lain yang mengambil bahagian dalam Menu Rahmah adalah pasar raya Mydin, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia dan Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia.
  • Satu perkara yang perlu diketahui adalah kerajaan tidak mengeluarkan perbelanjaan untuk pemberian subsidi bagi program ini sebaliknya menu yang ditawarkan oleh penjual adalah atas kekreatifan mereka sendiri.
  • Definisi sebenar Menu Rahmah ini adalah makanan tengah hari atau malam yang seimbang merangkumi nasi, satu pilihan protein seperti ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan pada harga RM5 sepinggan atau kurang.
  • Hidangan yang disediakan bagi Menu Rahmah tidak terikat dengan ketetapan khusus, dengan hidangan lazim yang dijual termasuk nasi berlauk dan mi, dengan minuman ringkas seperti air kosong.

Ramai rakyat mengeluh mereka sukar untuk mengetahui lokasi restoran yang menawarkan Menu Rahmah yang berhampiran.

Justeru, disini admin kongsikan senarai lokasi Menu Rahmah seluruh Malaysia bagi memudahkan semua mereka yang memerlukan.

Isi Kandungan

Senarai Lokasi Menu Rahmah Seluruh Malaysia

Dengan cadangan daripada orang ramai, sebenarnya pihak KPDN telah pun mewujudkan sebuah direktori atau aplikasi untuk pencarian lokasi Menu Rahmah dengan mudah dan cepat.

Melalui direktori yang dibangunkan oleh KPDN ini, pengguna boleh melakukan carian lokasi mengikut negeri atau carian mengikut jenis (restoran/kafe, restoran perkhidmatan segera, medan selera/gerai) pada senarai lokasi Menu Rahmah seluruh Malaysia yang disediakan ini.

Selain nama gerai/restoran, turut diletakkan dalam direktori ini adalah alamat gerai/restoran tersebut dan tempoh kempen yang ditawarkan.

Senarai Lokasi Menu Rahmah Seluruh Malaysia

Sila rujuk senarai lokasi Menu Rahmah seluruh Malaysia yang melaksanakan inistiatif Menu Rahmah setiap negeri berikut:

Negeri

Lokasi

Johor

Tekan Disini

Kedah

Tekan Disini

Kelantan

Tekan Disini

Melaka

Tekan Disini

Negeri Sembilan

Tekan Disini

Pahang

Tekan Disini

Pulau Pinang

Tekan Disini

Perak

Tekan Disini

Perlis

Tekan Disini

Selangor

Tekan Disini

Terengganu

Tekan Disini

Sabah

Tekan Disini

Sarawak

Tekan Disini

W.P Kuala Lumpur

Tekan Disini

W.P Labuan

Tekan Disini

W.P Putrajaya

Tekan Disini

Direktori Menu Rahmah KPDN

  • Antara satu fungsi menarik yang ada pada direktori ini adalah kemudahan bagi peniaga yang menyediakan Menu Rahmah untuk mendaftarkan perniagaan mereka di portal Direktori Menu Rahmah KPDN.
  • Pendaftaran adalah percuma tetapi peniaga perlulah mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KPDN.
  • Direktori penuh boleh diakses melalui pautan:

>>>Direktori Menu Rahmah KPDN<<<

Pendaftaran Untuk Peniaga

Untuk mendaftarkan perniagaan anda yang menawarkan Menu Rahmah, sila ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  • Layari laman web Direktori Menu Rahmah KPDN
  • Klik “Daftar” pada bahagian Menu
  • Lengkapkan segala butiran dalam borang dalam talian seperti:
    1. Nama restoran
    2. Jenis restoran
    3. Alamat
    4. Poskod
    5. Negeri
    6. Daerah
    7. Tempoh promosi
    8. Jenis persatuan
    9. Jenis media sosial
    10. Nama media sosial
    11. Emel restoran
    12. Nombor telefon restoran
  • Klik butang “Hantar”

Sumber Youtube: Harian Metro

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan soalan, bolehlah menghubungi pegawai KPDN yang bertugas menyelia direktori Menu Rahmah KPDN di talian berikut:

Adakah Senarai Lokasi Menu Rahmah Seluruh Malaysia Ini Membantu Anda Untuk Mencari Lokasi Menu Rahmah Terkini?

Kini dengan Senarai Lokasi Menu Rahmah Seluruh Malaysia semoga ianya dapat membantu rakyat di negara ini untuk mengurangkan beban kos sara hidup kepada mereka yang memerlukan. Hal ini menunjukkan keprihatinan pihak kerajaan kepada rakyat di negara ini untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More