Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) Sesi Persekolahan 2023/2024

Berikut kami akan kongsikan maklumat lanjut berkaitan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) bagi sesi persekolahan tahun 2023/2024 untuk makluman semua di luar sana.

Isi Kandungan

Apa Itu Sijil Darjah Khas Agama?

Sijil Darjah Khas Agama atau SDKA merupakan sebuah sistem pengajian agama Islam yang hanya terdapat di negeri Johor Darul Takzim.

Pengajian di peringkat Sijil Darjah Khas Agama ini adalah program lanjutan pembelajaran di Sekolah Agama Kerajaan Johor di bawah Institusi Pendidikan Agama Johor.

Pengajian di peringkat Sijil Darjah Khas Agama ini diwujudkan untuk mencapai objektif yang berikut:

  • Memberi kefahaman yang lebih luas tentang Islam agar pelajar dapat menyempurnakan peranannya sebagai hamba dan Khalifah Allah di bumi.
  • Memupuk kekuatan diri dan daya juang yang tinggi menerusi pendidikan dan pembinaan iman yang mantap.
  • Melahirkan golongan muslim mukmin yang sepadu dan seimbang antara akalnya, rohaninya, jasmaninya, dan emosinya bagi mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat.
  • Membentuk generasi pelanjut umat yang berkualiti dan sentiasa bersyukur kepada Allah.

Tarikh Peperiksaan SDKA Sesi 2023/2024

Peperiksaan bertulis Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) dan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) Sekolah Agama Kerajaan Johor bagi sesi persekolahan tahun 2023/2024 akan berlangsung pada 4 hingga 22 Februari 2024.

Adalah dimaklumkan bahawa peperiksaan bertulis SDEA dan SDKA Sekolah Agama Kerajaan Johor bagi sesi persekolahan tahun 2023/2024 akan dilaksanakan sebagaimana ketetapan berikut:

Peperiksaan BertulisTarikh
Sijil Darjah Enam Agama (SDEA)4 hingga 7 Februari 2024
Sijil Darjah Khas Agama (SDKA)18 hingga 22 Februari 2024

Pelajar yang hanya memenuhi syarat-syarat berikut sahaja akan diterima masuk melanjutkan pengajian dalam sistem Sijil Darjah Khas Agama, iaitu

  • Warganegara Malaysia. Bukan warganegara yang boleh dipertimbangkan.
  • Lulus Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) dengan pencapaian markah sekurang-kurangnya 50% sebelum 2005.
  • Lulus enam (6) matapelajaran termasuk tiga (3) matapelajaran Teras mulai tahun 2005.
  • Kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Jadual Waktu Peperiksaan SDKA Sesi 2023/2024

Jadual rasmi peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) bagi sesi persekolahan 2023/2024 telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Bahagian Pendidikan Islam JAINJ dan telah diedarkan kepada semua pelajar Darjah Khas Sekolah Agama Kerajaan Johor.

Berikut adalah jadual waktu peperiksaan SDKA sesi persekolahan 2023/2024.

Tarikh / HariKod KertasMata PelajaranMasa Peperiksaan
18 Februari 2024
(Ahad)
DK 311Sirah8.00 pagi – 9.30 pagi (1 jam 30 minit)
18 Februari 2024
(Ahad)
DK 103Ibadat10.00 pagi – 11.30 pagi (1 jam 30 minit)
18 Februari 2024
(Ahad)
DK 204Tafsir Al-Quran Dan Hadis12.00 tengah hari – 1.30 tengah hari (1 jam 30 minit)
19 Februari 2024
(Isnin)
DK 205Muamalat8.00 pagi – 9.30 pagi (1 jam 30 minit)
19 Februari 2024
(Isnin)
DK 102Tauhid10.30 pagi – 12.00 tengah hari (1 jam 30 minit)
20 Februari 2024
(Selasa)
DK 207Jenayah8.00 pagi – 9.30 pagi (1 jam 30 minit)
20 Februari 2024
(Selasa)
DK 310Tajwid10.30 pagi – 12.00 tengah hari (1 jam 30 minit)
21 Februari 2024
(Rabu)
DK 206Munakahat8.00 pagi – 9.30 pagi (1 jam 30 minit)
21 Februari 2024
(Rabu)
DK 209Faraid10.30 pagi – 12.00 tengah hari (1 jam 30 minit)
22 Februari 2024
(Khamis)
DK 208Bahasa Arab8.00 pagi – 9.30 pagi (1 jam 30 minit)
22 Februari 2024
(Khamis)
DK 312Akhlak Dan Tasawuf10.30 pagi – 12.00 tengah hari (1 jam 30 minit)
Sijil Darjah Khas Agama

Boleh rujuk lampiran berikut untuk dapatkan jadul waktu peperiksaan yang lebih terperinci.

Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) Sesi Persekolahan 2023/2024 1
Sijil Darjah Khas Agama
Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) Sesi Persekolahan 2023/2024 2
Sijil Darjah Khas Agama
Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) Sesi Persekolahan 2023/2024 3
Sijil Darjah Khas Agama
Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) Sesi Persekolahan 2023/2024 4
Sijil Darjah Khas Agama

Semakan Keputusan Peperiksaan SDKA

Keputusan SDKA biasanya diumumkan sekitar bulan Mei hingga Julai, bergantung kepada Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Untuk makluman, bagi tahun 2023 yang lalu, Majlis Perisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) telah diadakan pada 29 Mei 2023.

Selamat menempuhi peperiksaan buat semua calon dan semoga berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More