Sumber Rujukan Globalisasi Anda

SKIM BANTUAN KANAK-KANAK 2022 SEHINGGA RM1000

Skim Bantuan Kanak-Kanak 2022 (BKK) adalah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas untuk membantu penjaga/keluarga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup serta mendapat jagaan yang sempurna.

Keluarga/penjaga yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun ke bawah, anda boleh memohon Skim Bantuan Kanak-Kanak 2022 (BKK) sehingga RM1000 sebulan untuk satu keluarga. Bagi ibu tunggal pula, anda boleh memohon Bantuan Ibu Tunggal b40 2022 (KISS).

Isi Kandungan

APAKAH SKIM BANTUAN KANAK-KANAK 2022 (BKK)?

Skim Bantuan Kanak-Kanak 2022 (BKK) ialah bantuan tahunan yang diberikan kepada kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah bagi membantu keluarga/penjaga mereka memberikan kehidupan yang lebih baik buat mereka.

Berdasarkan bajet dan belanjawan 2022, kerajaan telah mengumumkan peruntukkan RM2.4 billion yang bakal dimanfaatkan oleh 440,000 isi rumah di bawah Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah mengumumkan berita baik mengenai kenaikan jumlah bantuan BKK sehingga RM1000 berbanding sebelum ini hanya RM450.

Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan saluran untuk membantu kumpulan sasar dengan pendapatan isi rumah RM1,169 berbanding RM980 sebelum ini.

BANTUAN KANAK-KANAK 2022

APAKAH TUJUAN BANTUAN KANAK-KANAK 2022?

Antara tujuan Bantuan Kanak-kanak 2022 adalah :

  • Membantu penjaga/keluarga kanak-kanak atau membantu kanak-kanak yang tiada/kehilangan ibu bapa supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkat.
  • Membantu memelihara dan memperkukahkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih-sayang dan perhatian.

APAKAH KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN KANAK-KANAK 2022?

Antara kriteria-kriteria kelayakan BKK adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
  2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

bantuan kanak-kanak 2022

BAGAIMANAKAH CARA MEMOHON BANTUAN KANAK-KANAK 2022?

Berikut dikongsikan cara memohon BKK 2022:

  1. Layari laman eBantuan JKM
  2. Klik pada butang “Daftar Permohonan Atas Talian”
  3.  Isi kedua-dua borang A dan borang B dengan lengkap serta maklumat yang terkini dan sahih
  4. Kemudian, klik pada butang “KEPUTUSAN”
  5. Hadir ke pejabat JKM terdekat bagi tujuan pengesahan permohonan BKK
  6. Bawa dokumen ini bersama anda :
  • Borang permohonan bantuan/borang kemaskini (sekiranya terdapat kemaskini terbaru)
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan kad OKU / Slip pendaftaran sementara OKU (Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (Jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air / elektrik / telefon / astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)

bantuan kanak-kanak 2022

BORANG PERMOHONAN/BORANG KEMASKINI BKK 2022

Berikut kami kongsikan borang permohonan dan borang kemaskini BKK 2022:

MAKLUMAT LANJUT

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi :

  1. Laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  2. Hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di talian 03-8000 8000

Semoga bantuan ini dapat membantu meringankan beban keluarga/penjaga kanak-kanak ini demi memberikan mereka kelengkapan untuk kelangsungan hidup yang secukupnya.

 

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More