Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Skim MySalam Perlindungan Nasional; Permohonan dan Semakan Status

Tahukah anda, MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang diberikan oleh kerajaan yang bertujuan untuk memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak untuk menerima manfaat Skim MySalam Perlindungan Nasional melalui Tabung Amanah Mysalam.
MySalam ditubuhkan sebagai sebuah skim perlindungan kesihatan sosial yang bertujuan untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan bagi mengatasi masalah kewangan apabila mereka mengalamai masalah seperti pelbagai jenis penyakit kronik dan kritikal.
Permohonan & Semakan Status Skim Perlindungan Nasional
Kami kongsikan kepada anda cara untuk memohon MySalam.

Kelayakan Permohonan Skim MySalam Perlindungan Nasional

Jenis Individu Yang Layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :
  1. Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
  2. Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
  3. Individu OKU yang berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 

1. Penyakit yang kritikal akan menerima bantuan RM8,000 + Hospitalisasi untuk maksimum selama 14 hari.

Tebus MySalam Waktu Kuarantin Covid-19

Maklumat tambahan untuk anda semua, untuk sesiapa mereka yang kena kuarantin tu sebenarnya anda boleh melakukan penebusan mySalam. Walaupun kamu kena kuarantin daripada rumah sahaja tetapi anda semua masih boleh untuk melakukan penebusan.
Sebagai contoh, anda telah diarahakan untuk kuarantin selama tempoh 10 hari (RM50X10) = RM500. (Tempoh minimum tebus 1 hari dan maksimum tebus adalah selama 14 hari)

Cara Memohon Skim MySalam Perlindungan Nasional

Sebelum anda membuat penebusan Skim MySalam Perlindungan Nasional, pastikan anda melakukan semakan terlebih dahulu sama ada anda layak untuk menerima bantuan ataupun tidak. Berikut kami kongsikan cara untuk anda melakukan semakan MySalam.
  1. Layari www.mysalam.com.my
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa tanda (-)
  3. Seterusnya, klik pada pautan “semak”
  4. Pada bahagian bawah nanti akan ada paparan yang menyatakan sama ada anda layak ataupun tidak
Sekiranya anda layak, terdapat dua cara yang anda boleh lakukan untuk menebus bantuan ini. Sila rujuk pada pautan yang disediakan di bawah ini.

CARA PERTAMA

Tuntutan Skim Secara Online

  1. Log masuk ke dalam portal https://www.mysalam.com.my/b40/public/
  2. Jika anda belum mendaftar mySalam sila daftar terlebih dahulu. Sila klik LOG MASUK KALI PERTAMA dan ikuti langkah seperti yang diarahkan.
  3. Setelah selesai mendaftar, dia akan meminta pengesahan nombor telefon. Jika nombor telefon anda sudah tidak boleh digunakan, sila hubungi talian bantuan untuk pihak mereka lakukan reset kata laluan. Selepas itu, anda boleh masukkan kata laluan anda yang baru.
  4. Sila kemaskini profile anda.
  5. Selepas kemaskini profile, sila klik TUNTUTAN > PENYERAHAN TUNTUTAN > TUNTUTAN HOSPITALISASI > MASUKKAN TARIKH MULA DAN TAMAT KUARANTIN > PILIH NON PANEL UNTUK (NAMA HOSPITAL) > MUAT NAIK COPY IC > MUAT NAIK BORANG ANNEX 14&17 (Contoh borang Annex 14&17 ada dalam gambar)
  6. Klik hantar.
  7. Sila tunggu jawapan dan keputusan. Mereka akan maklumkan kemudian.

CARA KEDUA

Tuntutan Skim Secara Manual

  1. Anda boleh pergi ke mana-mana kiosk mySalam.
  2. Bawa bersama salinan kad pengenalan dan borang annex14&17. Untuk kawasan Labuan, kiosk mySalam berada di Hospital Nukleusb (bersebelahan dengan mesin ATM Bank Rakyat).
  3. Serahkan segala dokumen diperlukan untuk pihak mereka masukkan dalam sistem (key-in).
  4. Bagi kawasan lain, boleh hubungi nombor di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut lokasi kiosk mySalam di kawasan anda.
Permohonan & Semakan Status Skim Perlindungan Nasional
Permohonan & Semakan Status Skim Perlindungan Nasional

TALIAN BANTUAN

Telefon : 1-300-88-8938

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More