Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatan Percuma Untuk Usahawan B40

Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan memperluaskan menerusi Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatan (SPPP) kepada semua usahawan dalam kumpulan B40.

Melalui skim baru ini, kategori yang LAYAK dan MEMENUHI SYARAT untuk mendaftar SSM Percuma melalui SPPP adalah dari kalangan belia dan ibu tunggal B40 serta pelajar sahaja.

SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PRIHATIN (SPPP)

skim bantuan

Pemohon yang layak akan mendapat manfaat pengecualian fi seperti berikut:

  • Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan (Pengecualian FI: RM30)
  • Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred (Pengecualian FI: RM60)
  • Cetakan maklumat (Pengecualian FI: RM10)

KATEGORI YANG LAYAK UNTUK MENDAPAT SPPP

Perincian kategori yang layak untuk memohon SPPP adalah seperti berikut:

Usahawan Golongan B40

  • Pemegang MyKad/MyPR
  • Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan
  • Mempunyai maklumat dalam pangkalan data Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPN) 2.0 Bagi Golongan B40
  • Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM

Semakan boleh dibuat disini.

Pelajar IPTA/IPTS

  • Pemegang Mykad/MyPR
  • Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan
  • Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana – mana IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institusi Kemahiran/Pusat Kemahiran di dalam negara Malaysia
  • Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM

Pemohon yang layak boleh mengemukakan permohonan secara atas talian melalui Portal EzBiz Online

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 

atau emel ke [email protected]

SEMAKAN STATUS PROGRAM TUNAS 2021

Sebarang borang dan dokumen bagi permohonan ini akan diproses mengikut modus operandi seperti dalam infografik di bawah:

MAKLUMAT LANJUT

Alamat:

No 7, Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50623 Kuala Lumpur.
atau anda boleh pergi ke SSM yang berdekatan dengan kawasan kediaman anda.
Talian yang anda boleh hubungi:03 7721 4000

E-mel:

[email protected]

Artikel lain :  Skim Bantuan TUNAS,

 

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More