Skim ToU Diperluaskan Kepada Semua Pengguna Mulai 1 Julai 2025

Pelanggan Domestik dan Bukan Domestik Voltan Rendah termasuk pengusaha perniagaan mikro dengan pepasangan meter pintar kini boleh melanggan Skim ToU bermula 1 Julai 2025.
Pelaksanaan ini dilancarkan susulan pembaharuan struktur tarif elektrik yang turut mengekalkan perlindungan kepada golongan B40.
Isi Kandungan
Apa Itu Skim ToU?
Time of Use (ToU) ialah skim yang membolehkan pelanggan mengurus penggunaan elektrik dengan lebih cekap dan menikmati kadar lebih rendah pada Waktu Luar Puncak.
Kadar elektrik adalah lebih tinggi pada Waktu Puncak kerana permintaan yang tinggi, manakala kadar lebih rendah dikenakan pada Waktu Luar Puncak bagi menggalakkan penggunaan semasa permintaan rendah.
Sebelum ini, Skim ToU ditawarkan kepada pelanggan Bukan Domestik Voltan Sederhana dan Voltan Tinggi.
Mulai 1 Julai 2025, Skim ToU akan turut tersedia kepada pelanggan Domestik dan Bukan Domestik Voltan Rendah yang telah mempunyai pepasangan meter pintar dan meter yang beroperasi dengan Alat Ubah Arus atau Remote Meter Reading (RMR).
Skim ini ditawarkan sebagai pilihan kepada pelanggan.
Skim ToU memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk menguruskan penggunaan elektrik harian dan ia membolehkan pengguna untuk menikmati kadar tarif berbeza pada waktu berbeza sepanjang hari.
Dengan mendaftar di bawah skim ini, pengguna dapat mengurangkan bil elektrik bulanan apabila menggunakan tenaga ketika Waktu Luar Puncak.

Tempoh Waktu Puncak & Waktu Luar Puncak Baharu
Skim ToU mempunyai 2 zon masa (Waktu Puncak dan Waktu Luar Puncak), iaitu:
| Isnin Hingga Jumaat | Waktu Puncak: 2.00 Petang Hingga 10.00 Malam Waktu Luar Puncak: 10.00 Malam Hingga 2.00 Petang |
| Sabtu Dan Ahad | Waktu Luar Puncak Adalah Sepanjang Hari (24 Jam) |
Waktu Puncak dan Waktu Luar Puncak telah disemak semula agar lebih selaras dengan permintaan dan kos sebenar sistem.
Ini membolehkan pelanggan menjimatkan bil dengan mengalihkan penggunaan ke Waktu Luar Puncak.
Skim ToU menjadikan kadar tarif semasa Waktu Luar Puncak adalah lebih rendah berbanding Waktu Puncak.
Sebagai contoh, pengguna yang menggunakan tenaga tinggi dalam tempoh Waktu Luar Puncak iaitu antara pukul 10 malam sehingga 2 petang boleh memilih untuk menyertai skim ini bagi menikmati kadar tarif yang lebih rendah.
Pada masa yang sama, kadar Waktu Luar Puncak turut diperluaskan kepada hari Sabtu dan Ahad. Ini berbeza dengan struktur terdahulu yang mengenakan kadar seragam setiap hari.
Skim ini sekaligus memberi peluang kepada pengguna untuk merancang penggunaan elektrik mengikut kadar masa tertentu.
Pengguna juga boleh merancang dan menjadualkan aktiviti penggunaan tenaga tinggi seperti mencuci, memasak atau operasi perniagaan kecil-kecilan pada Waktu Luar Puncak untuk menikmati kadar yang lebih rendah.
Syarat Kelayakan Permohonan Skim ToU
Skim ToU ditawarkan kepada semua pelanggan yang menggunakan meter pintar serta meter Current Transformer (CT) atau Remote Meter Reading (RMR).
Pelanggan boleh menikmati kadar elektrik yang fleksibel dan menjimatkan dengan melanggan skim ini.
Namun begitu, permohonan perlu dibuat terlebih dahulu sebelum dapat menikmati manfaat ToU.
Dengan melanggan ToU, pelanggan boleh menikmati bil elektrik yang lebih fleksibel dan berpotensi lebih rendah dengan mengalihkan penggunaan elektrik ke Luar Waktu Puncak.
Pelanggan voltan sederhana dan tinggi layak untuk memohon sekiranya tergolong dalam salah satu kategori tarif berikut:
| Komersial | Tarif C2 |
| Perindustrian | Tarif E2, E2s, E3 dan E3s |
| Pertanian | Tarif H2 |
| Perlombongan | Tarif F2 |
Pelanggan ToU sedia ada di bawah ToU Tariff C2, E2, F2, H2, C4 & E3 akan dipindahkan ke Skim ToU baharu secara automatik dan boleh menikmati tempoh Waktu Luar Puncak yang lebih panjang.
Cara Membuat Permohonan Skim ToU
Pelanggan dinasihatkan untuk memantau corak penggunaan bulanan sebelum mendaftar dengan Skim ToU.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian atau secara manual melalui TNB Kedai Tenaga.

Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Skim ToU ini, pengguna digalakkan menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454, e-mel ke [email protected] atau pun melalui platform rasmi TNB yang lain.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!


