Sumber Rujukan Globalisasi Anda

SMKA Ulul Albab KL : Panduan Temuduga 2024

SMKA Ulul Albab atau Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur Tahfiz Model Ulul Albab akan mengadakan sesi temuduga pada 5 dan 6 Februari ini SMKA Agama Kuala Lumpur. Kesemua calon yang layak untuk ujian kelayakan ini akan telah dihubungi oleh pihak sekolah melalui email ibu bapa yang berdaftar sewaktu permohonan. Semua maklumat lanjut mengenai ujian kelayakan ini boleh didapati di laman sosial rasmi facebook Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur Tahfiz Model Ulul Albab.

Isi Kandungan

Maklumat Penuh Temuduga

Sesi temuduga atau ujian kelayakan itu akan melibatkan dua tahap pelajar iaitu untuk pelajar seperti berikut:

  1. Pelajar Tingkatan 1
  2. Pelajar Tingkatan 4

Manakala maklumat tambahan lain pula ibu bapa boleh rujuk perkara di bawah:

  • Tarikh : 5 dan 6 Februari 2024
  • Hari : Isnin dan Selasa
  • Tempat : Blok Al-Qurtubi SMKA Ulul Albab
smka ulul albab
SMKA Ulul Albab KL : Panduan Temuduga 2024 3

Jenis Ujian

Pada hari temuduga tersebut, pelajar akan diberi dua jenis ujian. iaitu di bilik kuarantin dan ujian temuduga dengan ahli panel.

  1. Bilik Kuarantin : Calon diberi maklumat dan ujian tahriri akan dijalankan. Iaitu menghafaz selama 30 minit ayat pilihan.
  2. Bilik Temuduga : Ujian Hafazan, ujian tilawah Al-Quran dan juga ujian adab serta akhlak.

Maklumat Penting Lain Temuduga SMKA Ulul Albab

Selain dari jenis ujian dan maklumat masa, terdapat banyak lagi perkara lain yang perlu calon atau ibu bapa perlu berikan perhatian. Antaranya seperti berikut:

Barang yang perlu dibawa

Antara barang yang wajib dibawa ketika temuduga terbabit adalah:

  • Kad pengenalan asal / mykid asal/ surat beranak asal (salah satu sahaja)
  • Surat temuduga (muka depan sahaja)
  • Sijil penyertaan kokurikulum yang tertinggi sahaja (negeri/kebangsaan/antarabangsa)
  • Al-Quran (biasa atau terjemahan)
  • Alat tulis (pen biru atau hitam)
  • Kertas yang bertulis nombor telefon ibu bapa (untuk urusan ambil anak setelah selesai ujian)

Pakaian

Untuk pemakaian, jika Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan garis panduan bagi pemakaian baju seragam sekolah untuk sesi persekolahan 2024, namun ia berbeza dengan peserta temuduga ini. Jenis pakaian tersebut adalah seperti berikut:

  • Seragam sekolah rendah
  • Sekiranya tiada, pakai baju kurung atau baju melayu

Kehadiran Ujian Kelayakan Tahfiz (UKT)

Untuk kehadiran calon sewaktu ujian, antara garis panduan yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

  1. Hadir mengikut masa dan tarikh yang ditetapkan di slip
  2. Waktu UKT adalah adalah pada pukul 7.30 pagi hingga 1 tengah hari sahaja
  3. Tiada ulangan UKT pada hari lain

Lain-lain maklumat

Antara maklumat lain yang ibu bapa dan calon perlu beri perhatian adalah seperti berikut:

  • Ibu bapa hanya menurunkan pelajar di pagar sekolah bernombor 2
  • Ibu bapa boleh mengambil anak selepas 1 jam
  • Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah
  • Ibu bapa boleh tunggu di tempat berhampiran (dicadangkan di Masjid al-Ghazali)
  • Telefon bimbit boleh dibawa untuk kegunaan selepas UKT sahaja
  • Tiada makanan disediakan
  • Tiada rayuan untuk UKT
smka ulul albab
SMKA Ulul Albab KL : Panduan Temuduga 2024 4

Garis Masa

Bagi yang menduduki ujian kelayakan SMKA Ulul Albab cawangan Kuala Lumpur ini, terdapat beberapa fasa masa yang perlu diberi keutamaan bagi membuat segala persiapan. Berikut dinyatakan garis masa bagi temuduga SMKA Ulul Albab KL ini:

  1. Ujian Kelayakan Tahfiz : 5 & 6 Februari 2024
  2. Keputusan temuduga : 1 Mac 2024
  3. Pendaftaran kemasukan pertama : 18 Mac 2024
  4. Permohonan untuk rayuan : Selepas kemasukan pertama

Penutup

Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk terus di laman rasmi Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL). Antara maklumat yang penting juga untuk diberi perhatian adalah seperti berikut:

Maklumat tambahan SMKA Ulul Albab KL

Pada 7 Disember 2013, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin telah mengumumkan Model Pendidikan Islam Ulul Albab diperluaskan pelaksanaannya ke seluruh negara mulai tahun 2014.

Idea yang dicetuskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia II, YB Datuk Seri Idris bin Jusoh ini mula dilaksanakan secara rasminya di SMK Agama Kuala Lumpur bermula pada 16 Januari 2014 dengan pengambilan pertama seramai 150 orang murid dan 15 orang guru. TMUA merupakan gabungan antara Kurikulum Kebangsaan, Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dan Program Ulul Albab yang berasaskan pendekatan Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik.

Sehingga tahun 2023, TMUA telah berkembang pelaksanaannya kepada 11 SMKA dan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More