Sumber Rujukan Globalisasi Anda

SOP Terkini Pemakaian Pelitup Muka Berkuatkuasa 7 September 2022

SOP Terkini Pemakaian Pelitup Muka Berkuatkuasa 7 September 2022 telah dikuatkuasa oleh KKM. Pemakaian pelitup muka di dalam bangunan (indoor) kini adalah atas pilihan (optional). Walau bagaimanapun pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau boleh memilih untuk memakai pelitup muka. Selain itu orang ramai AMAT DIGALAKKAN memakai pelitup muka kerana ia terbukti mampu mengurangkan penularan jangkitan.

Pemakaian Pelitup Muka
Pemakaian Pelitup Muka

Pemakaian pelitupmuka masih DIWAJIBKAN bagi situasi berikut:
i) Kes positif COVID-19;
ii) Menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, kapal terbang serta bas, van pekerja dan van sekolah; dan
iii) Semasa berada di fasiliti kesihatan seperti hospital, klinik, rumah penjagaan, pusat hemodialisis, dan yang setara dengannya.

SOP Terkini Pemakaian Pelitup Muka

Tarikh Berkuatkuasa : Protokol baharu ini akan MULA BERKUAT KUASA SERTA MERTA PADA HARI INI, 7 SEPTEMBER 2022.

Untuk melihat senarai penuh SOP terkini yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sila rujuk lampiran di bawah:

Rujuk sini : https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia

KKM juga AMAT MENGGALAKKAN agar pemakaian pelitup muka terus diamalkan terutamanya apabila:

  • Berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti pasar malam, stadium, gedung membeli belah dan rumah-rumah ibadah
  • Individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema
  • Individu berisiko tinggi seperti warga tua, orang dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung
  • Melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak.

Keperluan pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor) dan kawasan terbuka adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini iaitu tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun, KKM menggalakkan agar pemakaian pelitup muka di luar bangunan terus diamalkan sekiranya:

  • Berada di kawasan ramai orang dan sesak
  • Individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema
  • Individu berisiko tinggi
  • Melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak.

Semoga kita semua dapat membendung dan menjaga diri dari semua musibah ini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More