Sumber Rujukan Globalisasi Anda

SPS Prihatin Wanita (SPW), Bantuan Caruman RM163

PERKESO telah menambah inisiatif untuk menolong para usahawan wanita dan wanita yang bekerja sendiri menerusi PEMERKASA. Inisiatif ini merupakan Program SPS Prihatin Wanita (SPW) dan melalui program ini, kerajaan akan membayar 70 peratus daripada caruman, iaitu RM163 sementara usahawan serta wanita bekerja sendiri hanya perlu membayar RM69.80 iaitu 30 peratus daripada caruman setahun Pelan 2 skim itu.

Isi Kandungan

Tarikh Permohonan

Permohonan Program SPW boleh dilakukan mulai 1 April hingga 31 Disember 2021.

Cara Permohonan SPS Prihatin Wanita PERKESO

Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web PERKESO mulai 1 April.

prihatin

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Skim SKSPS diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri. Dengan kata lain, ia berfungsi memberi perlindungan kepada pencarum daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.

SKSPS juga menyediakan faedah tunai kepada pencarum dan tanggungannya, di samping rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional. Terdapat 4 pelan yang ditawarkan oleh SKSPS di mana kadar caruman bergantung pendapatan yang diinsuranskan berdasarkan kepada pelan yang dipilih.

prihatin

Seperti mana yang dinyatakan diatas, usahawan wanita dan wanita yang bekerja sendiri akan mendapat manfaat daripada Dana Padanan 70 peratus untuk caruman di bawah Pelan 2 SKSPS iaitu perlindungan pendapatan sebanyak RM1,550.

Maklumat Lanjut

UJntuk maklumat lanjut berhubung SPS Prihatin Wanita atau inisiatif-inisiatif dalam PEMERKASA, anda boleh rujuk;

atau

Artikel lain: Geran Khas Prihatin Permai

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More