Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Sujud Sahwi: Bacaan, Tatacara & Sebab Perlu Melakukannya

Berikut dikongsikan sedikit info mengenai bacaan dan tatacara untuk melakukan sujud sahwi yang mungkin ramai lagi tidak mengetahuinya.

Isi Kandungan

Apa Itu Sujud Sahwi?

Maksud sahwi dari segi bahasa ialah lupa atau lalai akan sesuatu.

Manakala yang dimaksudkan dengan sahwi di sini ialah kecacatan solat yang dilakukan seseorang ketika bersolat sama ada disengajakan atau terlupa.

Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan dalam solat, setelah tasyahud akhir dan sebelum salam, untuk menampung kekurangan atau kesalahan yang terjadi kerana terlupa di dalam solat. 

Hukumnya adalah sunat apabila terjadi salah satu daripada sebab-sebabnya.

Sujud ini adalah cara untuk menyempurnakan solat yang mungkin kurang sempurna kerana terlupa. 

Oleh itu sujud yang dilakukan di penghujung solat ini akan menjadi penutup kepada kecacatan tersebut.

Dengan melakukan sujud ini, seorang muslim dapat menutup kekurangan dalam solatnya dan mendapatkan pahala yang lebih sempurna.

Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا قَامَ أَحَدُكُم مِنَ الرّكْعَتَينِ فَلَمْ يَسْتَتِمَّ قَائِمًا فَلْيَجْلِسْ ، وَإِذَا اسْتَتَمَّ قَائِمًا فَلَا يَجْلِسْ ، وَيَسْجُدْ سَجْدَتَي السَّهْوِ

Maksudnya: “Apabila salah seorang dari kamu bangun daripada dua rakaat, dan masih belum berdiri sempurna maka hendaklah dia duduk. Dan apabila telah berdiri dalam keadaan sempurna, janganlah dia duduk serta dia sujud sebanyak dua kali sujud sahwi.”

Riwayat Ibn Majah

Perbuatan sujud sahwi ini adalah bersumberkan kepada sebuah kisah yang masyhur sebagai kisah Zul Yadain, yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata:

صَلَّى بِنَا النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم الظُّهْرَ أَو الْعَصْرَ ، فَسَلَّم ، فَقَالَ لَهُ ذُو الْيَدَينِ : الصَّلَاةُ يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَنقصت ؟ فَقَال النبيُّ صلى الله عليه وسلم : أَحَقٌّ مَا يَقُول ؟ قالوا نعمْ ، فصلَّى ركْعَتَينِ أُخْرَيَتين ، ثمَّ سَجَدَ سَجْدَتَين

Maksudnya: Nabi Muhammad SAW mengimamkan solat zohor atau asar bersama kami. Kemudian baginda memberi salam. Maka berkata Zul Yadain kepada Nabi: “Solat wahai Rasulullah, adakah kau telah mengurangkannya?” Maka Nabi Muhammad SAW bersabda: “Benarkah apa yang dia katakan?” Maka para sahabat pun berkata: “Ya. Lalu baginda melakukan dua solat yang berbaki, kemudian sujud sebanyak dua kali.”

Riwayat Al-Bukhari

Sujud Sahwi: Bacaan, Tatacara & Sebab Perlu Melakukannya 1

Sebab Perlu Melakukan Sujud Sahwi

Sujud sahwi dilakukan kerana beberapa sebab, antaranya termasuklah:

KelebihanMelakukan gerakan tambahan dalam solat seperti rukuk atau sujud lebih dari yang seharusnya.
KekuranganMeninggalkan perkara sunat ab’ad seperti qunut atau tasyahud awal.
Ragu-RaguMeragukan jumlah rakaat dalam solat.

Antara contoh sebab-sebab yang perlu melakukan sujud ini adalah seperti berikut:

  • Ketika tertinggal bacaan Al-Fatihah.
  • Mengeraskan bacaan di dua rakaat terakhir.
  • Meninggalkan thama’ninah.
  • Meninggalkan duduk yang wajib dalam solat, iaitu semua duduk kecuali duduk tasyahud akhir. Barang siapa meninggalkan duduk tasyahud awal atau duduk di antara dua sujud maka baginya sujud ini.
  • Meninggalkan bacaan tasyahud pertama dan kedua.
  • Memindahkan rukun bacaan dari satu tempat ke tempat yang lain, seperti membaca Al-Fatihah ketika rukuk, membaca tasyahud ketika sujud dan lain sebagainya, kecuali membaca surah sebelum Al-Fatihah maka tidak wajib baginya sujud ini.
  • Ragu-ragu dalam jumlah rakaat solat.
  • Meninggalkan hal-hal yang sunat dalam solat tidaklah wajib sujud sahwi melainkan ada beberapa perkara yang ditentukan mengikut mazhab masing-masing seperti tertinggal qunut dalam solat subuh mengikut mazhab Syafie.

Bacaan Sujud Sahwi

Terdapat beberapa pendapat mengenai bacaan dalam sujud sahwi, namun yang paling umum adalah membaca:

سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُو

Maksudnya: “Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.”

Jika tidak mengingati bacaan di atas, boleh membaca bacaan sujud biasa, iaitu (سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى).

Tatacara Melaksanakan Sujud Sahwi

Cara melakukan sujud ini adalah seperti langkah-langkah berikut:

  1. Setelah membaca tasyahud akhir dan sebelum salam, lakukan dua (2) kali sujud.
  2. Niat di dalam hati untuk melakukan sujud sahwi.
  3. Lakukan sujud seperti biasa.
  4. Duduk antara dua sujud seperti biasa.
  5. Lakukan sujud kedua seperti biasa.
  6. Angkat kepala, kemudian beri salam.
Sujud Sahwi: Bacaan, Tatacara & Sebab Perlu Melakukannya 2

Bagaimana Jika Terlupa Sujud Sahwi?

Jika terlupa, hukumnya adalah dimaafkan. Ini juga kerana hukum asalnya adalah sunat. Hal ini sepertimana disebut dalam firman Allah SWT:

عَفَا اللَّـهُ عَمَّا سَلَفَ

Maksudnya: “Allah maafkan apa yang telah lalu.”

Surah Al-Maidah: 95

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana. Selamat beramal!

Artikel Berkaitan: Sujud Sajadah.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More