Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Syawal 2024: Tarikh Hari Raya Aidilfitri & Cuti Tambahan KPM

Berikut dikongsikan tarikh Hari Raya Aidilfitri atau Syawal 2024 untuk makluman semua rakyat Malaysia.

Isi Kandungan

Mengenai Syawal

Syawal adalah bulan kesepuluh dalam kalendar Islam berasaskan Lunar.

Shawwāl berasal daripada kata kerja shāla yang bermaksud ‘mengangkat atau membawa’, secara amnya membawa atau memindahkan sesuatu dari satu tempat ke tempat lain, dinamakan demikian kerana unta betina biasanya akan membawa janin pada masa tahun ini.

1 Syawal adalah hari pertama pada bulan kesepuluh dalam Takwim Hijrah dan Hari Raya Aidilfitri akan disambut pada hari tersebut pada setiap tahun.

Menurut Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, berikut merupakan tarikh-tarikh penting dalam Islam bagi perayaan atau hari kebesaran Islam bagi tahun 2024.

Syawal 2024: Tarikh Hari Raya Aidilfitri & Cuti Tambahan KPM 1
Syawal 2024

Tarikh Syawal 2024

Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri 1445H/2024M akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.

Penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan pada 29 lokasi di seluruh negara pada hujung Ramadan.

Berdasarkan tarikh-tarikh penting islam yang telah dikeluarkan oleh PPF JAKIM di atas, 1 Ramadan 1445H dijangka akan jatuh pada 12 Mac 2024, iaitu pada hari Selasa.

Menurut Kalendar Masihi, Ramadan 1445H adalah dijangka selama 29 hari dan hari terakhir Ramadan adalah pada 9 April 2024 (Selasa).

Justeru, tarikh jangkaan sambutan Hari Raya Aidilfitri (Hari Pertama Syawal) bagi tahun 2024 adalah pada 10 April 2024, iaitu pada hari Rabu.

Syawal 2024: Tarikh Hari Raya Aidilfitri & Cuti Tambahan KPM 2
Syawal 2024

Cuti Tambahan KPM Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024

Kebiasaanya pada setiap tahun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberikan cuti tambahan kepada pelajar dan guru bagi membuat persiapan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Pemberian cuti itu diberikan bagi memudahkan semua pelajar dan guru untuk membuat persiapan sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Bagi tahun 2024, cuti tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri yang telah dikeluarkan oleh KPM adalah seperti ketetapan berikut:

Tarikh Cuti Perayaan (Hari Raya Aidilfitri 2024)10 April 2024 (Rabu) & 11 April 2024 (Khamis)
Tambahan Cuti Perayaan Yang Diperuntukkan Oleh KPM (Bagi Kumpulan A)7 April 2024 (Ahad), 8 April 2024 (Isnin) & 9 April 2024 (Selasa)
Tambahan Cuti Perayaan Yang Diperuntukkan Oleh KPM (Bagi Kumpulan B)8 April 2024 (Isnin), 9 April 2024 (Selasa) & 12 April 2024 (Jumaat)
CatatanTiga (3) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B
Syawal 2024
Syawal 2024: Tarikh Hari Raya Aidilfitri & Cuti Tambahan KPM 3
Syawal 2024

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Di Malaysia

Hari Raya Aidilfitri atau ia juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, adalah antara perayaan terbesar yang disambut oleh Umat Islam di Malaysia.

Perayaan ini disambut bagi meraikan ‘kemenangan’ Umat Islam setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Penentuan tarikh Hari Raya Aidilfitri juga adalah dengan mengikut kaedah ‘melihat anak bulan’ / rukyah seperti mana penentuan tarikh menentu bulan Ramadan.

Malam raya adalah malam yang meriah dan indah di mana saudara-mara sudah mula berkumpul dan tiba di kampung halaman masing-masing.

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri adalah seperti berikut:

  1. Mengemas beg untuk pulang ke kampung halaman beraya bersama keluarga.
  2. Membuat kuih raya bersama keluarga untuk mengeratkan silaturahim antara keluarga.
  3. Mengemas rumah untuk menyambut hari raya yang mulia.
  4. Meletakkan kuih di dalam balang.
  5. Memasang pelita.
  6. Melaungkan takbir pada malam raya.
  7. Menyusun dan menyiapkan baju baharu untuk dipakaikan pada hari raya.

Pada Hari Raya Aidilfitri mahu pun Hari Raya Aidiladha, umumnya Umat Islam akan saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi ke rumah sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handal untuk mengeratkan silaturahim.

Kanak-kanak juga antara yang paling gembira dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini kerana mereka akan mendapat ‘duit raya’ setelah bersalaman dengan ahli keluarga, sanak-saudara dan orang dewasa.

Seterusnya, adalah penting untuk Umat Islam mengetahui juga mahram supaya pada pagi raya tidak tersilap bersalam-salaman dengan orang yang sepatutnya.

Syawal 2024: Tarikh Hari Raya Aidilfitri & Cuti Tambahan KPM 4
Mahram Bagi Lelaki
Syawal 2024: Tarikh Hari Raya Aidilfitri & Cuti Tambahan KPM 5
Mahram Bagi Perempuan

Semoga perkongsian tarikh Syawal 2024 ini bermanfaat dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua Umat Islam.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More