Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tambahan RM150 Untuk Bantuan Kewangan Warga Emas

Tambahan RM150 Untuk Bantuan Kewangan Warga Emas

Tambahan RM150 Untuk Bantuan Kewangan Warga Emas telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada November 2020. Bantuan untuk Warga Emas sebelum ini adalah sebanyak RM350 sebulan, dengan pengumuman ini, jumlah bantuan untuk warga emas menjadi RM500.

Tambahan RM150 Untuk Bantuan Kewangan Warga Emas

Peruntukan sebanyak RM2.2 bilion (tambahan RM700 juta) telah disediakan bagi tujuan kenaikan kadar bantuan ini. Bantuan ini bakal memberi manfaat kepada lebih 400 ribu penerima berbanding tahun sebelumnya. Bantuan ini termasuklah untuk manfaat golongan berikut :

  • OKU Tidak Berupaya Bekerja
  • Warga Emas
  • Penjagaan OKU
  • Pesakit Kronik Terlantar
  • Elaun Pekerja OKU
  • Kanak-Kanak Keluarga Miskin

Tambahan RM150 Untuk Bantuan Kewangan Warga Emas

 

Bantuan kewangan warga emas ini adalah bertujuan untuk memastikan kelangsungan dan kesejahteraan hidup masyarakat di dalam komuniti. Takrifan warga emas atau orang tua yang digunakan di Malaysia adalah seseorang yang berumur 60 tahun ke atas (takrifan dibuat di “World Assembly on Ageing” pada tahun 1982 di Vienna).

Bantuan Kewangan Warga Emas ini adalah merupakan antara beberapa jenis bantuan yang bakal dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Jabatan ini adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM).

 

 

 Syarat Kelayakan Bantuan Kewangan Warga Emas

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menetapkan beberapa syarat kelayakan bagi permohonan bantuan kewangan ini. Syarat-syarat ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia dan Permastautin Tetap
  2. Berumur 60 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  4. Bukan tinggal di :
  • Institusi kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau
  • Pusat Jagaan harian / perkhidmatan secara percuma / berkediaman yang memberi kemudahan , atau
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak di pertimbangkan dengan kelulusan KPKM

 

 

Cara-Cara Membuat Permohonan

 

Permohonan bagi bantuan kewangan warga emas ini boleh dibuat secara atas talian dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Si layari portal rasmi JKM di sini.
  2. Klik pada butang “Daftar Permohonan
  3. Masukkan negeri tempat tinggal dan No Kad Pengenalan
  4. Setelah selesai, klik butang “Daftar
Laman web portal permohonan
Masukkan Negeri dan Nombor Kad Pengenalan

 

Senarai Dokumen Diperlukan

 

Dokumen-dokumen yang perlu disediakan sebelum anda hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat setelah membuat pendaftaran adalah seperti senarai di bawah:

  1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  2. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  3. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  4. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah yang telah anda isi di borang permohonan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan sistem membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

 

 

Maklumat Lanjut

 

Sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan Bantuan Kewangan Warga Emas ini boleh didapati di laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat atau anda boleh berhubung dengan JKM di alamat dan nombor telefon berikut:

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

No Tel: 03-8000 8000

 

 

Penutup

 

Akhir kata, diharap perkongsian mengenai Tambahan RM150 untuk Bantuan Kewangan Warga Emas serta cara untuk membuat permohonan ini dapat memberi panduan kepada semua, terutamanya pembaca TCER.MY.

Untuk mendapatkan info-info terkini, anda boleh klik pautan ini: t.me/tcerdotmy

 

Artikel berkaitan:

RM500 Untuk Pesara, Bekas Polis Penerima PJPN, Petugas Zaman Darurat

Permohonan Bantuan i-Suri KWSP 2021 Bagi Suri Rumah RM480 Setahun

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More