Sumber Rujukan Globalisasi Anda

TANAH RUNTUH : Faktor & Puncanya

Tanah runtuh berpunca daripada kegagalan bahan tanah atau batuan yang tidak dapat bertahan dari satu kedudukan akibat beberapa faktor tertentu.

Proses susutan jisim tanah akan berlaku pada permukaan bumi dan akibatnya terjadilah tanah itu terjadi.

tanah runtuh
TANAH RUNTUH : Faktor & Puncanya 2

Isi Kandungan

FAKTOR BERLAKUNYA TANAH RUNTUH

Faktor yang berpotensi menyumbang kepada tanah tersebut boleh dibahagikan dua faktor iaitu :-

  • Faktor-faktor alam

Berkait dengan jenis bahan dan ketebalan, geomorfologi, pemendakan, dan pemotongan cerun.

  • Faktor-faktor manusia

Pengubahsuaian cerun, puncak cerun lebih had, pengubahsuaian saliran, dan pemindahan pokok dan tumbuhan.

.

PUNCA BERLAKUNYA TANAH TERSEBUT

Ia boleh disebabkan oleh beberapa faktor iaitu:

  • Kandungan air yang tinggi menyebabkan tanah menjadi hilang sifat kohesifnya.  Tanah akan menjadi longgar dan mudah bergerak serta beralih ke tempat lain.  Tekanan air bawah tanah juga bertindak menjadikan cerun tidak stabil.
  • Penebangan pokok yang tidak terancang dan penarahan bukit juga mengundang risiko berlakunya hakisan yang lebih teruk pada cerun kerana tiada lagi tumbuhan yang menjadi pengikat tanah.
  • Berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau bijih, timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang boleh memberi tekanan kepada cerun lemah hingga mengakibatkan tanah runtuh
  • Hujan lebat yang berterusan juga boleh menjadi punca tanah cerun menjadi tepudan longgar serta berkemungkinan besar mengakibatkan runtuhan.
  • Gegaran kuat dari mesin, bahan letupan, trafik, malah guruh juga mungkin boleh menjadi punca keruntuhan cerun lemah.  Contohnya seperti aktiviti perlombongan dan pengkuarian yang tidak terkawal yang boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh.
  • Berlakunya luluhawa hakisan (erosion) oleh sungai, glasier atau ombak laut yang menghasilkan tebing atau cerun yang curam.
  • Gempa bumi menghasilkan gegaran yang boleh menyebabkan struktur cerun yang sedia lemah mengalami runtuhan atau menyebabkan pergerakan sesar (discontinuity) menjadi lebih aktif lagi.
  • Letusan gunung berapi boleh menyebabkan runtuhan gunung dan menghasilkan mendakan piroklas, hujan lebat, dan aliran lumpur yang banyak dan memasuki sungai-sungai atau tasik.
  • Kesimpulannya, proses kejadian tanah runtuh disebabkan oleh pelbagai faktor dan punca.  Memang tidak dinafikan tanah runtuh boleh terjadi secara semula jadi tetapi kebanyakkan permulaan kejadian runtuhan adalah disebabkan oleh gangguan aktiviti manusia.
  • Antaranya pemotongan cerun dan  memusnahkan pokok atau tumbuhan yang membawa kepada punca terjadinya hakisan dan akhirnya terjadi runtuhan tanah yang bukan sahaja memusnahkan harta–benda, sistem perhubungan tetapi juga melibatkan nyawa.

Menurut berita harian seperti dipaparkan, ianya jelas akan keselamatan sangat berfaedah. Anda juga mungkin berminat dengan artikel berkenaan dengan Hukum Penggunaan Vape, Ini Kenyataan Official JAKIM 2023.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More