Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tarikh Bayaran i-Citra KWSP Akan Dikreditkan Mulai 2 Ogos Ini

Tarikh Bayaran i-Citra KWSP Bagi Bulan Pertama akan mulai dikreditkan pada 2 Ogos 2021. Seperti sebelum ini, bayaran dikatakan akan dimasukkan bermula pada bulan Ogos di awal setiap bulan. Pembayaran akan dilakukan sebanyak RM1000 per bulan sehingga mencukup RM5000, bersamaan dengan 5 bulan.

i-Citra KWSP

Bantuan daripada pihak kerajaan yang diberi nama I-Citra KWSP ini merupakan antara bantuan yang ditunggu-tunggu oleh ramai rakyat, khususnya kepada mereka yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) yang tidak tahu bila akan berakhir.

Setelah permohonan i-Citra ini dibuka, ramai yang telah membuat permohonan mulai pada 12 Julai 2021 yang lalu. Dan kepada mereka yang sudah membuat permohonan, mesti akan tertanya-tanya bagaimana hendak tahu tarikh bayaran yang akan dikreditkan ke dalam akaun pemohon.

Tarikh Bayaran I-Citra KWSP

Jangan risau, kerana pada kali ini saya akan berkongsi dengan anda bagaimana caranya untuk menyemak tarikh bayaran dan status permohonan anda. Teruskan membaca artikel ini supaya anda tidak terlepas sebarang maklumat penting.

Tarikh Bayaran i-Citra KWSP

Sebelum mengetahui tarikh bayaran I-Citra KWSP, anda perlulah terlebih dahulu memastikan bahawa permohonan anda “LULUS” . Dan kepada mereka yang masih belum membuat permohonan, jangan risau kerana permohonan masih dibuka sehingga tarikh 30 September 2021. Jangan lepaskan peluang bagi mebantu meringankan beban anda semasa saat-saat genting ini.

Permohonan i-Citra KWSP Masih Dibuka

Anda boleh mebuat permohonan atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan I-Citra ini dengan membaca artikel Permohonan Online I-Citra dan Semakan Status.

Medium Semakan Tarikh Bayaran i-Citra KWSP

Untuk membuat semakan tarikh bayaran, anda boleh melakukannya dengan mengikuti 2 cara ini sahaja, iaitu:

a) Laman Web Rasmi i-Citra

Laman Web Rasmi I-Citra


https://icitra.kwsp.gov.my/

Dalam paparan tersebut, anda akan melihat 2 pilihan fungsi iaitu:

  1. membuat permohonan
  2. membuat semakan status permohonan anda

Bukan itu sahaja, adalah digalakkan juga bagi anda untuk menggunakan Panduan Pengguna dan membaca Soalan Lazim berkaitan bantuan ini.

Tarikh Bayaran I-Citra KWSP

Langkah membuat semakan:

  1. Pergi ke laman web rasmi i-Citra melalui link pautan di atas.
  2. Tekan “Semak Status Permohonan”. Anda boleh gunakan telefon bimbit atau pun laptop anda.
  3. Anda akan dibawa ke ruangan mengisi maklumat. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan nombor telefon. Maklumat yang diisi di ruangan ini hendaklah sama dengan maklumat yang diberikan semasa membuat permohonan.
  4. Tekan button “ReCaptcha”.
  5. Klik butang semak status.
  6. Jikalau anda lulus, anda akan menerima kenyataan “LULUS” di paparan skrin anda. Jikalau tidak, anda boleh membuat panggilan ke Hotline i-Citra di nombor 03-8922 4848.
  7. Di paparan itu juga, anda akan mendapat maklumat tarikh bayaran i-Citra KWSP yang pertama anda.

b) Semakan Melalui Aplikasi i-Akaun

Bagi membuat semakan tarikh bayaran dengan lebih mudah, anda digalakkan untuk memuat turun aplikasi i-Akaun yang boleh didapati di Google Play atau Play Store.

Tarikh Bayaran I-Citra KWSP

Jikalau data telefon pintar anda tidak mencukupi, anda juga boleh melayari laman web rasmi KWSP Login Member dengan syarat anda sudah membuat akaun ini.

Langkah yang diperlukan untuk membuat semakan tarikh bayaran i-Citra KWSP:

  1. Muat turun dan buka aplikasi.
  2. Log Masuk di aplikasi dengan menggunakan maklumat ID dan Kata Laluan yang telah anda daftarkan di awal permohonan.
  3. Cari bahagian “Pengeluaran” atau “Withdrawal”. Anda boleh tetapkan bahasa bagi memudahkan urusan anda.
  4. Setelah itu, anda perlu menekan button “Withdrawal History”. Tekan pilihan yang ada i-Citra di paparan skrin anda.
  5. Tarikh bayaran i-Citra KWSP anda akan dipaparkan bermula pada bulan pertama sebanyak RM1000 sehinggalah ke empat bulan yang seterusnya sehingga mencukupi RM5000.

Aplikasi i-Akaun

Dengan menggunakan aplikasi i-Akaun, anda dapat mengetahui maklumat penting berkaitan:

  • Baki simpanan anda
  • Semakan penyata KWSP
  • Semakan rekod caruman

Tarikh Bayaran Bagi Bulan Berikutnya

Untuk mengetahui tarikh bayaran i-Citra KWSP, anda tidak perlu risau. Bayaran kedua, ketiga, keempat dan kelima akan dikreditkan ke dalam akaun anda pada:

  • Tarikh yang sama tetapi bulan yang berbeza, ATAU
  • Tempoh maksimum selepas 2 minggu bayaran pertama, ATAU
  • Sebelum akhir bulan bagi pembayaran.

Sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan pembayaran yang lambat melebihi 3 situasi di atas, anda boleh menghubungi Hotline i-Citra KWSP. Bagi membantu kefahaman anda, anda boleh membaca situasi di bawah.

CONTOH SITUASI 1

Nama Pemohon: Ali bin Abu(Bukan nama sebenar)

Tarikh Bayaran Pertama: 2 Ogos 2021

BIL.

BILANGAN BULAN

TARIKH PEMBAYARAN

JUMLAH PEMBAYARAN

1.

Bulan
bayaran Pertama

2 Ogos 2021

RM1000

2.

Bulan bayaran Kedua

2 September 2021

RM1000

3.

Bulan
bayaran Ketiga

2 Oktober 2021

RM1000

4.

Bulan bayaran Keempat

2 November
2021

RM1000

5.

Bulan
bayaran Kelima

2 Disember 2021

RM1000

CONTOH SITUASI 2

Nama Pemohon: Aminah binti Abdul(Bukan nama sebenar)

Tarikh Bayaran Pertama: 19 Ogos 2021

BIL.

BILANGAN BULAN

TARIKH PEMBAYARAN

JUMLAH PEMBAYARAN

1.

Bulan
bayaran Pertama

19 Ogos
2021

RM1000

2.

Bulan bayaran Kedua

19 September 2021

RM1000

3.

Bulan
bayaran Ketiga

19 Oktober
2021

RM1000

4.

Bulan bayaran Keempat

19 November 2021

RM1000

5.

Bulan
bayaran Kelima

19 Disember
2021

RM1000

CONTOH SITUASI 3

Nama Pemohon: Habedah binti Saad(Bukan nama sebenar)

Tarikh Bayaran Pertama: 2 September 2021

BIL.

BILANGAN BULAN

TARIKH PEMBAYARAN

JUMLAH PEMBAYARAN

1.

Bulan
bayaran Pertama

2 September 2021

RM1000

2.

Bulan bayaran Kedua

2 Oktober
2021

RM1000

3.

Bulan
bayaran Ketiga

2 November 2021

RM1000

4.

Bulan bayaran Keempat

2 Disember
2021

RM1000

5.

Bulan
bayaran Kelima

2 Januari
2022

RM1000

*Notis: Situasi dan tarikh bayaran yang dinyatakan di atas adalah contoh dengan tujuan penjelasan semata-mata. Tarikh bayaran i-Citra KWSP yang sebenar adalah bergantung kepada tarikh permohonan, kelulusan dan tarikh bayaran bulan pertama.

Berita Baik Buat Pemohon i-Sinar

-Kepada mana-mana pemohon yang sudah membuat permohonan dan mendapat kelulusan bagi bantuan i-Sinar, tarikh pembayaran diawalkan kepada 26 Julai dan 27 Julai ini. Anda boleh membuat semakan dengan segera supaya tidak terlepas.-

Soalan Lazim Berkaitan Tarikh Bayaran i-Citra KWSP

Bilakah tarikh pembayaran i-Citra 2021 dibuat?

  • Pembayaran dikatakan akan dibuat mulai 2 Ogos 2021. Jadi, pemohon yang LULUS bolehlah membuat semakan dengan segera pada tarikh berkenaan.

Bagaimana saya hendak tahu tarikh bayaran pertama saya?

  • Anda boleh dapat mengetahui tarikh bayaran anda melalui aplikasi i-Akaun yang boleh didapati di Google Play atau Play Store.

Kenapa saya perlu menggunakan aplikasi i-Akaun ini?

  • i-Akaun ini secara dasarnya bagi membantu anda untuk membuat semakan berkaitan KWSP dan rekod caruman anda. Anda juga boleh ketahui tarikh bayaran i-Citra KWSP 2021

Saya tidak tahu sama ada saya sudah LULUS ataupun tidak kerana terlepas info. Apa yang perlu saya lakukan?

Saya masih belum mebuat permohonan bantuan i-Citra ini. Adakah permohonan masih dibuka?

  • Ya, jangan risau kerana permohonan masih dibuka sehingga tarikh 30 September 2021 ini. Buat dengan segera bagi mengelakkan sebarang isu lain timbul.

Nak buat permohonan i-Citra tetapi saya masih belum jelas berkaitan cara membuat permohonan. Bagaimana caranya?

  • Untuk mendapatkan makluman yang lebih jelas berkaitan cara atau panduan membuat permohona bantuan i-Citra KWSP ini, anda boleh mengikuti langkah berdasarkan video di bawah.

Bolehkah sekiranya saya ingin mebuat tuntutan wang i-Citra melebihi RM1000 sebulan?

  • Pembayaran i-Citra akan dikreditkan ke dalam akaun pemohon yang layak sebanyak RM1000 sahaja per bulan sehingga mencukupi RM5000 bersamaan dengan 5 bulan.

Gunakan i-Citra dengan Sebaik Mungkin

Bagi pemohon i-Citra yang sudah pun lulus dan akan mendapat bayaran, anda amatlah dgalakkan untuk menggunakan wang ini dengan sebaik mungkin bagi meringankan beban anda. Jimat dan buatlah perancangan kewangan anda. Kita tidak tahu apa akan berlaku di masa hadapan.

Moga-moga dengan perkongsian tarikh bayaran i-Citra KWSP ini mampu memberi sinar positif kepada anda untuk meneruskan perjalanan kehidupan. Banyak saluran yang boleh anda gunakan. Ingat, sama-sama kita harungi pandemik Covid-19 ini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More