Sumber Rujukan Globalisasi Anda

TEH MASALA KEGEMARAN RAMAI

Semenjak perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, pelbagai resepi telah rakyat Malaysia cuba, dari Dalgona kopi ,keropok lekor,roti canai, kuih-muih dan pelbagai lagi. Kali ini viral pula mengenai teh masala. Mari kita lihat apa itu teh masala dan cara hendak membuatnya.

Sebenarnya masala tea merupakan sejenis minuman berempah yg diadun dari 6-jenis herba rempah utama iaitu buah pelaga, kulit kayu manis, halia, buah pala, bunga cengkih & lada hitam. Sedap ke?  mesti lah  sedap. kalau tak percaya, cuba la secawan, lepas tu mesti nak lagi. Senang nak buat, rasanya yg pedas & hangat, boleh membuatkan anda terlupa pada kopi seketika. Lagi pulak lepas minum masala tea ni, segala jenis angin akan keluar, pendek kata macam-macam bunyi akan keluar bergantung pada tahap keseriusan masalah angin anda.

Menikmati secawan teh bersama keluarga diwaktu pagi tentu membuatkan waktu bersarapan menjadi  lebih sempurna.

Pun begitu, jika amalkan minum air teh Masala  yang dimasak bersama herba terpilih, tidak kurang hebatnya.

Antara khasiat teh herba ini dikatakan mampu panaskan badan, buang angin, bakar lemak dan mengatasi masalah peredaran darah.

Khasiat & manfaat kesihatan bahan rempah ratus dalam masala tea:-

Halia:-

  • Melancarkan sistem penghadaman. Sangat berkesan utk memulih masalah sejuk badan, selesema, sakit kepala, kekembungan & sakit-sakit dalam badan. Melancarkan aliran darah.

Kulit Kayu Manis:-

  • Membantu masalah penghadaman, membakar lemak, menambah tenaga, mengelak pedih ulu hati & menurunkan tekanan darah tinggi. Penawar masalah mabuk & meningkatkan kepekaan insulin (bagus utk pesakit diabetis & obesiti).

Buah Pala:-

  • Bersifat hangat, berguna utk mengatasi masalah susah tidur & gangguan pernafasan. Berkesan mengatasi masalah kesakitan & kekejangan pra-haid.

Bunga Cengkih:-

  • Bagus utk merawat masalah sakit sendi, asthma, batuk & sakit kepala. Juga digunakan utk mengatasi masalah penghadaman, kulit berjerawat, nafas berbau, badan berlebihan asid, sakit perut & mabuk.

Buah Pelaga:-

  • Membantu masalah penghadaman & melancarkan aliran darah. Memulih masalah sejuk badan, membuang gas & asid, mengeluarkan angin, membersih buah pinggang, membuang racun dalam badan & merawat lelah.

Lada hitam:-

  • Mempunyai ciri-ciri anti-bakteria & akti-oksida. Membantu masalah berkaitan sistem pernafasan, batuk-batuk, masalah sejuk badan, sembelit, ketidakhadaman makanan, kekurangan darah, masalah dingin seks & lemah-lemah badan.

Jom cuba buat sendiri Teh Masala ini menggunakan resepi yang dikongsi oleh Ravinder Kaur Joachim. 

Isi Kandungan

Resepi Teh Masala

Bahan-bahan:

  • Air – 2L/3L
  • Daun Teh Cameron highland – 4 sudu besar
  • Bunga cengkih
  • Buah pelaga
  • Jintan manis
  • Kayu manis
  • Halia
  • Susu pekat
  • Susu segar
  • Susu tepung
  • Gula

Cara-cara:

  1. Panaskan 2 liter atau 3 liter air di dalam periuk.TEH MASALA KEGEMARAN RAMAI 1
  2. Masukkan daun teh cameron 4 sudu besar.TEH MASALA KEGEMARAN RAMAI 2TEH MASALA KEGEMARAN RAMAI 3
  3. Masukkan bunga cengkih dah buah pelaga.TEH MASALA KEGEMARAN RAMAI 4
  4. Masukkan juga jintan manis.TEH MASALA KEGEMARAN RAMAI 5
  5. Masukkan kayu manis.TEH MASALA KEGEMARAN RAMAI 6
  6. Tumbukkan halia.TEH MASALA KEGEMARAN RAMAI 7
  7. Masukkan halia ke dalam periuk. Dan biarkan teh mendidih.TEH MASALA KEGEMARAN RAMAI 8
  8. Sementara itu, sediakan susu pula. 3 jenis susu perlu digunakan.TEH MASALA KEGEMARAN RAMAI 9
  9. Masukkan 4 sudu susu tepung ke dalam cawan.TEH MASALA KEGEMARAN RAMAI 10
  10. Masukkan sedikit air panas dan kacau hingga sebati.TEH MASALA KEGEMARAN RAMAI 11
  11. Kemudian masukkan satu cawan susu segar.TEH MASALA KEGEMARAN RAMAI 12
  12. Selepas itu, masukkan 3 sudu besar susu pekat.TEH MASALA KEGEMARAN RAMAI 13
  13. Tambahkan 2 sudu besar gula. Kacau sebati.TEH MASALA KEGEMARAN RAMAI 14
  14. Kemudian masukkan susu ke dalam teh tadi. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih.TEH MASALA KEGEMARAN RAMAI 15
  15. Kacau semua bahan.TEH MASALA KEGEMARAN RAMAI 16
  16. Tarik dulu sebelum minum macam kedai mamak buat.
  17. Siap untuk diminum!

Kredit: Ravinder Kaur Joachim

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More