Sumber Rujukan Globalisasi Anda

TEKA TEKI : 45 TEKA TEKI BARU BESERTA JAWAPAN

Teka teki sangat popular dalam masyarakat hari ini. Ramai yang berkongsi jenis teka teki yang mereka minati dan bermain dengan keluarga serta sahabat handai. Kebanyakan tular hari ini adalah teka-teki yang berbentuk lawak dan logik akal hingga buatkan si peneka dan penjawab ketawa terbahak-bahak bila mengetahui jawapannya.

Isi Kandungan

Maksud teka teki dan contoh

Walau apapun, sebelum kita berkongsi lanjut, ayuh kita ketahui dulu maksud teka teki menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP). Teka teki bermaksud;

  1. Soalan yg dikemukakan secara samar-samar dan rumit yang jawabannya harus diduga, soalan untuk menduga akal dan kanak-kanak biasanya sangat sukakannya.
  2. Sesuatu per­kara yg susah atau sulit diselesaikan: manusia itu selalu merupakan yang setiap waktu boleh memberikan macam-macam keganjilan yg tidak terduga-duga.
  3. Contoh teka teki adalah silang (kata) teka-teki dgn mengisi huruf dan lain-lain dalam petak-petak, terbang teka-teki dengan menyebutkan huruf-huruf Jawi yg harus dijawab dengan kata yg dieja dengan huruf-huruf itu; berteka-teki mengucapkan teka-teki, bertanya jawab dengan teka-teki: biasanya percakapannya itu dijalankan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
TEKA TEKI : 45 TEKA TEKI BARU BESERTA JAWAPAN 1
Sumber gambar: Facebook

Koleksi teka-teki best!

Di bawah merupakan koleksi teka-teki yang anda boleh kongsikan bersama keluarga dan sahabat handai.

  1. Soalan: “dalam banyak-banyak kuih raya. kuih apa yang tengah-tengah tak boleh makan?” Jawapan: “kuih mama carry”
  2. Soalan: “kalau kapal terbang dah terbang, tinggal apa?” Jawapan: “tinggal lambai (bye..)”
  3. Soalan: “dalam banyak-banyak kapal…kapal apa yang tak boleh masuk dalam air…?” Jawapan: “kapal terbang laaaaa….”
  4. Soalan: “beruk naik motor,gajah basikal.pak mat naik apa?” Jawapan: “naik hairan….”
  5. Anak apa yang sentiasa dipijak-pijak? Jawapan: Anak Tangga
  6. Dia ada banyak kaki, tapi dia bukan binatang. Dia lalu ikut landasan, tapi dia bukan keretapi. Apakah dia? Jawapan: Zip
  7. Taman apa yang kurang sopan? Jawapan : Taman Tema Air sebab dia mencarut (Water Park)
  8. Kat office kita kerja, kat kantin kita makan, kat mana kita kena keluar? Jawapan : Kat merah (kad)
  9. Binatang apa sejak kecil memang tua? Jawapan: Burung Kakak Tua
  10. Mee apa paling berat dalam dunia?
  11. Jawapan: Mee wantan (One tan)
TEKA TEKI : 45 TEKA TEKI BARU BESERTA JAWAPAN 2
TEKA TEKI : 45 TEKA TEKI BARU BESERTA JAWAPAN 4

Lagi 34 teka-teki

  1. Benda apa yang lebih kecil dari kuman? Jawapan: Anak kuman.
  2. Donut dengan karipap berkawan baik. Satu hari dorang gaduh. Karipap menangis teruk sebab sedih, tapi donut tak. Kenapa? Jawapan: Sebab donut tiada filling
  3. 4 orang awek share satu payung ketika berjalan. Kenapa sorang pun tak basah? Jawapan: Sebab tak hujan.
  4. Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa paling kaya? Jawapan: Beruang (ber-wang).
  5. Dua tiga teka teki, air apa paling berani?? Jawapan: Air Terjun
  6. Bom apakah yang tidak boleh meletup? Jawapan: Bomba.
  7. Dalam kalendar setahun, ada bulan yang ada 30 hari, dan ada bulan yang hanya ada 31 hari. Jadi, berapa bulan yang ada 28 hari? Jawapan: Semua bulan la.
  8. Sotong jika dibelah dua jadi apa? Jawapan: Sotongah.
  9. Ada ekor bukan binatang, ada kepala bukan manusia. Apa dia? Jawapan: Taugeh.
  10. Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa warna hitam? Jawapan: Bunga tayar.
  11. Dalam banyak-banyak nasi la kan, nasi apa yang boleh bergerak sendiri? Jawapan: Nasi Goreng Pattaya (sebab ada 4 tayar).?
TEKA TEKI
Sumber gambar: iresipi.com (CikNom)
  1. Katak diterbalikkan jadi katak. Kopi di terbalikkan jadi? Jawapan: Tumpah la.
  2. Saya ada 3 mata, dan satu kaki. Siapakah saya? Jawapan: Lampu Isyarat.
  3. Kenapa siput babi jalan lambat? Jawapan: Sebab dia sibuk fikir dia siput atau babi
  4. Kotak apa yang tak boleh buka? Jawapan: Kotak penalti.
  5. Ramai orang tahu cara membukanya, tetapi tiada siapa pun tahu cara menutupnya. Apakah ia? Jawapan: Telur
  6. Makanan apakah yang di dalamnya ikan, dan di luarnya ayam? Jawapan: Ikan sardin cap ayam.
  7. Dalam banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan dengan ais? Jawapan: Milo ais.
  8. Kenapa anak babi jalan tunduk? Jawapan: Sebab dia malu mak dia babi.
  9. Apa benda yang kita boleh tengok dengan cermin tetapi tak boleh ditengok dengan mata kepala kita sendiri? Jawapan: Telinga kita.
  10. Dalam satu pertandingan lumba lari, anda telah berjaya memotong pelari di tempat ke-2. Jadi, sekarang anda di tempat yang ke berapa? Jawapan: Nombor 2.
  11. Tempat apakah yang paling kecil?Jawapan: Setapak
  12. Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu? Jawapan: Anak mancis
  13. Coklat apa tak boleh lari? Jawapan: Toblerone (Tak boleh run…)
  14. Pensil dengan bateri siapa lagi pandai? Jawapan: Bateri. Sebab bateri 3A, pensil 2B
  15. Kacang kalau balik kerja dia cakap apa? Jawapan: Peanut lahh..
  16. Kenapa ginjal manusia ada dua? Jawapan: Sebab kalau satu namanya ganjil.
  17. Apa persamaan baju dengan telefon? Jawapan: Bila ‘kring’ perlu diangkat.
  18. Kenapa keyboard selalu stress? Jawapan: Sebab dia selalu ditekan.
  19. Tukang apa yang kalau dipanggil, dia menjenguk ke atas? Jawapan: Tukang Gali Kubur.
  20. Macam mana nak tahu kereta Elon Musk power atau tak? Jawapan: Tesla..
  21. Dalam banyak-banyak baju, baju apa yang selalu berfikir? Jawapan: Baju Kemeja. Sebab dia selalu fikir sama ada dia baju ke meja.
  22. Kenapa biri biri jalan lambat?? Jawapan: Sebab kalau jalan cepat jadi buru-buru.
  23. Negara apa paling sejuk? Jawapan: Qatar. Sebab terqatar-qatar.

Penutup

Begitulah 45 teka teki yang kami nak kongsikan untuk rujukan semua. Jika tercari-cari idea untuk membuat aktiviti bersama kawan atau keluarga, boleh rujuk teka teki ini. Pun begitu, selain teka-teki, ada juga aktiviti merangsang otak lain yang boleh dibuat sebagai aktiviti bersama.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More