Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara-Cara Membuat Permohonan Telefon Pintar Percuma B40

Program  Bantuan Telefon Pintar Percuma ini adalah tambahan kepada kad SIM YES 4G yang juga dilengkapkan dengan bantuan data internet percuma 120GB selain pemberian sumber pelajaran kepada para pelajar sekolah kerajaan.

Bantuan Telefon Pintar Percuma ditawarkan oleh Yayasan YTL dengan kerjasama YTL Communications kepada para pelajar sekolah kerajaan dari keluarga B40 yang tidak memiliki peranti mudah alih atau telefon pintar.

Borang percalonan di bawah hendaklah diisi bagi para guru/penjaga atau sesiapa sahaja yang ingin membuat pencalonan bagi golongan B40 yang memerlukan telefon pintar percuma untuk proses pembelajaran.

Permohonan ini telah dilanjutkan ke 30 Jun 2021

 Cara-Cara Memohon Telefon Pintar Percuma

  1. Layari website YTL di https://ytlfoundation.org/belajardarirumah/
  2. Keluar paparan seperti dibawah. Sila klik bantuan untuk keluarga B40

Telefon Pintar Percuma

3. keluar paparan seperti dibawah. Sila baca syarat-syarat yang diberitahu dan kemudian tekan  “Namakan Disini” dibahagian bawah.

Telefon Pintar Percuma

4. Keluar paparan seperti dibawah. Isi semua maklumat yang diperlukan dan tekan “Next”

Telefon Pintar Percuma

4. Keluar paparan seperti dibawah. Isi semua butiran ibu bapa yang diperlukan dan tekan “Next”

5. Keluar paparan seperti dibawah. Isi maklumat tambahan serta “tick” pada kotak yang diberikan. Seterusnya tekan “Submit”

Telefon Pintar Percuma

6. Pastikan keluar paparan seperti dibawah. Pencalonan anda berjaya!!!

Telefon Pintar Percuma

7. Anda akan menerima pengesahan permohonan anda melalui emel yang didaftarkan.

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Cara-Cara Membuat Permohonan Telefon Pintar Percuma B40 ini akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Menarik untuk dibaca: PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT SPNB ONLINE

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More