Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Telur Rebus vs Telur Separuh Masak

Telur separuh masak sememangnya menjadi pilihan ramai, bukan sahaja kerana ia murah dan mudah di dapati, ia juga mudah di masak.  Lebih-lebih lagi pada waktu sarapan pagi, ramai gemar memilih telur sebagai pilihan utama untuk sarapan pagi.

Di Malaysia, sarapan telur rebus atau telur separuh masak sudah tentu menjadi pilihan.

telur separuh masak

Tahukah anda terdapat perbezaan manfaat di antara Telur Rebus dan Telur Masak dari segi kesihatan?

Isi Kandungan

Perbezaan 1 antara telur separuh masak dengan telur rebus dari segi NUTRISI :

#Telur Rebus

Sebiji telur rebus yang mempunyai berat sebanyak 50gram mengandungi nutrisi seperti berikut :-

  • Kalori: 77
  • Karbohidrat: 0.6 gram
  • Jumlah lemak: 5.3 gram
  • Lemak tepu: 1.6 gram
  • Lemak mono tak tepu: 2.0 gram
  • Kolesterol: 212 mg
  • Protein: 6.3 gram
  • Vitamin A: 6% (jumlah yang disarankan oleh Recommended Dietary Allowance (RDA)
  • Vitamin B2 (riboflavin): 15% (jumlah yang disarankan oleh RDA)
  • Vitamin B12 (cobalamin): 9% (jumlah yang disarankan oleh RDA)
  • Vitamin B5 (pantothenic acid): 7% (jumlah yang disarankan oleh RDA)
  • Phosphorus: 86 mg atau 9% (jumlah yang disarankan oleh RDA)
  • Selenium: 15.4 mcg atau 22% (jumlah yang disarankan oleh RDA)
  • Vitamin D
  • Zinc
  • Kalsium

#Telur Separuh Masak

Telur separuh masak juga memiliki khasiat dan protien yang tersendiri iaitu :-

  • Kolesterol: 186 mg
  • Karbohidrat: 49 gram
  • Jumlah lemak: 65 gram
  • Lemak tepu: 432 gram
  • Sodium: 122 mg
  • Potasium: 55 mg
  • Serat: 0 gram
  • Gula: 49 gram
  • Protien: 51 gram
  • Vitamin B12

Perbezaan 2. KHASIAT :

#Telur Rebus

  • Meningkatkan Kesihatan Otak

Membantu meningkatkan kesihatan otak kerana telur rebus memiliki sumber choline yang baik iaitu zat yang diperlukan untuk menjaga fungsi otak ia juga dapat membantu menurunkan risiko penyakit otak seperti Alzheimer.

  • Menurunkan Berat Badan

Dengan mengamalkan makan telur rebus secara rutin dapat membantu menurunkan berat badan dengan berkesan. Ia mengandungi kalori dan protein yang bagus untuk diet.

  • Melancarkan Saluran Darah

Membantu memelihara kesihatan jantung dengan mencegah saluran pembuluh darah menjadi beku atau tersumbat bagi mengelakkan dari berlakunya serangan strok.

  •  Kesihatan Mata

Baik untuk kesihatan mata.  Karotenoid yang terdapat dalam telur rebus memainkan peranan penting bagi melindungi mata dari masalah rabun.

  • Kuku Sihat dan Kuat

Sumber vitamin D, mineral dan anti oksidan yang terdapat dalam telur rebus dapat membantu menjadikan kuku anda lebih sihat dan tidak mudah patah.

  • Bagus untuk Tulang

Telur rebus kaya dengan vitamin D yang dapat membantu penyerapan kalsium dan mengawal peningkatan kalsium dalam darah.  Sekiranya diamalkan ia juga dapat menghindarkan penyakit osteoporosis.

  • Mencegah Risiko Kanser Payudara

Khasiatnya boleh membantu mencegah risiko penyakit kanser payudara.

#Telur Separuh Masak

  • Meningkatkan Metabolisma dan Sistem Imun

Kandungan asid amino dapat membantu meningkatkan metabolisma dan sistem imun di dalam tubuh manusia.

  • Anti Penuaan

Telur separuh masak mengandungi karotenoid yang bagus untuk anti penuaan.

  • Bagus Untuk Diet

Seperti telur rebus, telur separuh masak juga bagus untuk dijadikan amalan diet kerana mengandungi asid amino dan protein tinggi yang dapat membekalkan tenaga kepada tubuh.

  • Mencegah Anemia

Telur separuh masak dapat membantu membekalkan sumber vitamin B12 yang bagus bagi mereka yang menghidapi anemia.

  • Membina Otot

Sangat bagus bagi ahli bina badan kerana telur separuh masak boleh membina otot dan menjadikan tubuh badan sihat serta lebih bertenaga.

Perbezaan 3. KEBURUKKAN :

#Telur Rebus 

Pengambilan telur rebus bersama dressing seperti minyak, mentega, sos atau mayonis adalah tidak digalakkan.  Ini bagi mengekalkan khasiatnya sebagai makanan yang rendah kalori dan kaya kandungan protein.

#Telur Separuh Masak

Terdapat beberapa kandungan yang tidak bagus untuk kesihatan di dalam telur separuh masak iaitu :-

  • Bakteria Samnonella – boleh menyebabkan masalah penghadaman
  • Ovomucoid – protein jahat yang memberi kesan terhadap sistem pernafasan dan kulit
  • Sumber Avidin – boleh menyebabkan alahan dan gatal-gatal bagi sesetengah orang

Antara telur rebus dan telur separuh masak, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Ia mempunyai pelbagai fungsi yang di perlukan oleh tubuh badan manusia tetapi apa yang lebih penting anda seharusnya mengamalkan menu yang seimbang bagi membekalkan kesihatan yang baik.

sumber : quor.com & drhealthbenefits.com

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More