Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tiada perjalanan rentas negeri untuk pasangan PJJ

PETALING JAYA – Tiada perjalanan rentas negeri bagi golongan pasangan jarak jauh (PJJ) sepanjang tempoh penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi fasa pertama yang akan dikuatkuasakan bermula Selasa ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam tempoh itu, semua pihak harus memainkan peranan dan berkorban dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

“Ada peniaga terpaksa berkorban menutup perniagaan dalam tempoh dua minggu ini, ada juga kilang-kilang yang terpaksa ditutup kerana akur pada arahan ‘total lockdown’ yang akan dikuatkuasakan.

“Jadi untuk isu PJJ ini, mereka yang terlibat juga perlu berkorban dalam tempoh dua minggu memandangkan kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan perjalanan rentas negeri bagi tujuan tersebut,”katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah hari ini.

Kerajaan pada 28 Mei lalu mengumumkan ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara selama 14 hari bermula Selasa ini.

Pejabat Perdana Menteri menerusi satu kenyataan berkata, sepanjang ‘total lockdown’ itu berkuat kuasa, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh MKN.

Sumber Kosmo Online

Artike lain: SOP Total Lockdown 1 Jun Sehingga 14 Jun 2021

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More