Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tiga bulan air percuma untuk rakyat Terengganu

KUALA TERENGGANU – Pemberian 20 meter padu bekalan air percuma kepada rakyat Terengganu yang sepatutnya berakhir bulan ini akan dilanjutkan sehingga Ogos depan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelanjutan bekalan air percuma itu bagi tempoh tiga bulan lagi bagi meringankan beban rakyat negeri ini berikutan pelaksanaan total lockdown berkuasa hari ini.

Beliau berkata, bekalan air percuma selama tiga bulan berkenaan bakal dinikmati 1.33 juta pengguna Terengganu.

“Kerajaan Negeri Terengganu bersetuju untuk memperluaskan bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu pertama kepada semua pengguna kategori rumah tangga.

“Kita mendengar keluhan rakyat (negeri ini) yang akan berdepan dengan total lockdown fasa Pertama bermula 1 Jun hingga 14 Jun ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kosmo! Online 9 Mei lalu melaporkan kerajaan negeri Terengganu memperluaskan program bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada semua isi rumah di Terengganu pada bulan Mei sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sebelum ini, program 20 meter padu air percuma ini terhad kepada penerima bantuan eKasih, Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan penduduk Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di negeri ini.

Sumber Kosmo Online

Artikel lain: SOP Total Lockdown 1 Jun Sehingga 14 Jun 2021

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More