Sumber Rujukan Globalisasi Anda

TM Bantu Baiki Peranti Terpakai Bagi Golongan B40

MYBAIKHATI, TM Baiki Peranti Terpakai

peranti

PETALING JAYA – Telekom Malaysia Bhd. (TM) telah menyokong inisiatif MYBAIKHATI, bagi me­ngumpul dan memperbaiki alat komunikasi terpa­kai seper­ti komputer riba, chromebook, tablet atau telefon pintar berke­upayaan 4G untuk diagihkan kepada keluarga B40.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Imri Mokhtar berkata, Kumpulan akan membaiki dan melengkapkan alat elektronik yang disumbangkan orang ramai dan ia memenuhi terma dan syarat dengan peruntukan sehingga RM500 bagi setiap peranti.

“Peranti yang telah dibaiki akan diagihkan kepada keluarga B40 yang layak, menerusi badan bukan kerajaan (NGO) yang telah dilantik atau menerusi pelbagai saluran lain terma­suklah Pusat Internet Komuniti (PIK) di seluruh negara.

“Sumbangan peranti yang tidak menepati ciri-ciri yang ditetapkan oleh inisiatif ini akan dikitar semula secara bertanggungjawab menerusi program e-Waste,” katanya dalam ­kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Menurut Imri, bagi memudahkan orang ramai membuat sumbangan, Kumpulan telah menyediakan tiga cawangan TMpointnya di Lembah Klang sebagai pusat pengumpulan bagi memudahkan pemberian sumbangan berkenaan.

Cawangan-cawangan TMpoint yang terlibat adalah Pusat ­Pengalaman TM (TMEC) di Menara TM, Bangsar, TMpoint Cyberjaya dan TMpoint Shah Alam.

“Kami memperluaskan lagi pusat-pusat pengumpulan ini ke seluruh negara dalam tempoh terdekat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Menurut beliau, kempen MYBAIKHATI bertujuan menyedia­kan komuniti B40 de­ngan peranti pintar yang ma­sih elok untuk pembelajaran, bekerja dan perniagaan secara digital, supaya mereka mampu menempuh tempoh yang tidak dijangkakan ini.

Sumber Kosmo! Online

Artikel lain: Varian terbaru Covid-19 Dikenalpasti

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More