Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tol Percuma WCE Sempena Perayaan Aidilfitri 2024

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Tol Percuma WCE yang berkuatkuasa pada tarikh-tarikh tertentu yang telah ditetapkan.

Isi Kandungan

Lebuhraya Pantai Barat (West Coast Expressway – WCE)

Lebuhraya Pantai Barat (West Coast Expressway – WCE) merupakan sebuah lebuhraya yang dibina di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Lebuhraya ini akan menghubungkan Taiping (Perak) ke Banting (Selangor).

Lebuhraya ini dibina oleh Konsortium Lebuhraya Pantai Barat (KLPB) yang diketuai oleh Kumpulan Europlus Berhad yang merupakan syarikat di bawah IJM Corporation Berhad.

Kerajaan telah membenarkan pembinaan pada 20 Disember 2013 dan siap dalam 5 tahun tetapi projek ini telah dilewatkan dan pembinaan bermula pada Mei 2014.

Tol Percuma WCE Sempena Perayaan Aidilfitri 2024 1

Tempoh Tol Percuma WCE

Sempena dengan pembukaan Jajaran Lebuhraya Pantai Barat (West Coast Expressway – WCE) antara Taiping Selatan – Beruas, pengguna lebuhraya boleh menikmati tol percuma sehingga 11 Mei 2024.

Jajaran Taiping Selatan – Beruas ini merupakan Seksyen 11 Lebuhraya Pantai Barat (West Coast Expressway – WCE).

Kerajaan pada awalnya menjangkakan Seksyen 11 (Persimpangan Beruas – Taiping Selatan) WCE ini akan dibuka pada penghujung Disember tahun lalu namun berlalu sedikit kelewatan.

Pada masa hadapan, dijangka terdapat dua kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di kedua-dua arah akan dibina di Seksyen 11 tersebut.

Justeru, pembukaan rasmi Jajaran ini sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri 2024 diharapkan dapat mengurangkan sedikit kesesakan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ketika musim perayaan.

Sempena dengan pembukaan Jajaran Seksyen 11 (Taiping Selatan – Beruas) Lebuhraya WCE, pengguna lebuhraya boleh menikmati kadar tol percuma bermula jam 12.01 tengah malam pada 12 Mac 2024 sehingga 11.59 malam, 11 Mei 2024.

  • Bayaran tol dikecualikan untuk Jajaran Lebuhraya WCE:

Plaza Tol Taiping Selatan – Plaza Tol Trong – Plaza Tol Beruas

untuk kedua-dua arah.

  • Kadar tol akan dikenakan seperti biasa untuk Jajaran:

Plaza Tol Lekir / Plaza Tol Sitiawan / Plaza Tol Sitiawan Utara / Plaza Tol Changkat Chermin / Plaza Tol Beruas

mengikut jenis kelas kenderaan masing-masing.

Tol Percuma WCE Sempena Perayaan Aidilfitri 2024 2
Tol Percuma WCE
Tol Percuma WCE Sempena Perayaan Aidilfitri 2024 3
Tol Percuma WCE

Seksyen 11 Projek WCE

Sehingga kini, terdapat 6 Seksyen daripada 11 Seksyen projek WCE ini telah dibuka kepada pengguna lebuhraya.

Sebelum pembukaan Seksyen 11 ini, 5 bahagian lain yang telah dibuka adalah:

  1. Seksyen 5 (Klang – Kapar) di Selangor.
  2. Seksyen 6 (Kapar – Assam Jawa) di Selangor.
  3. Seksyen 8 (Hutan Melintang – Telok Intan) di Perak.
  4. Seksyen 9 (Kampung Lekir – Changkat Chermin) di Perak.
  5. Seksyen 10 (Changkat Chermin – Beruas) di Perak.

Seksyen 11 yang sepanjang 35.5 kilometer adalah pelengkap kepada Jajaran Lebuhraya WCE di Perak dan setelah dibuka secara rasmi, pengguna lebuhraya boleh menikmat kadar tol percuma sehingga 11 Mei 2024.

Semoga perkongsian Tol Percuma WCE ini bermanfaat untuk anda semua diluar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More