Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tolak GAJI BESAR demi minat tanam Melon Manis Terengganu

Tanam Melon Manis Terengganu Mampu Raih RM40,000

Pernah memperoleh pendapatan lima angka bekerja di pelantar minyak, namun lelaki nekad berhenti kerja demi mengusahakan tanaman Melon Manis Terengganu (MMT).

tanam

Keputusan yang diambil Halim Ismail, 31, dari Kampung Parit Che Ha ternyata tepat apabila tanaman MMT yang diusahakannya memberi pulangan dan pendapatan lebih lumayan.

Halim berkata, dia menyertai projek tanaman MMT di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Peradong, Manir, di sini, sejak 2019.

“Saya tidak menyesal meninggalkan kerja lama, malah berasa bersyukur kerana memilih untuk bergiat dalam bidang pertanian itu.

“Sekarang saya mempunyai empat Rumah Pelindung Hujan (RPH) di TKPM. Setiap RPH menempatkan 1,500 pokok MMT dengan mengeluarkan hasil sebanyak satu tan untuk setiap musim selama 65 hari.

“Jumlah keseluruhan hasil MMT yang dituai adalah empat tan semusim dan dianggarkan RM40,000,” katanya ketika ditemui di TKPM, di sini, hari ini.

Katanya, buah ikon Terengganu itu dijual pada harga RM4 hingga RM10 sekilogram bergantung kepada gred.

“Buah yang besar dengan warna serta kulit yang cantik digredkan sebagai buah premium dan dijual pada harga RM10 sekilogram.

“Sehingga kini permintaan sentiasa meningkat manakala penawaran masih rendah dan tidak mencukupi.

“Biarpun buah itu ditanam empat kali setahun tetapi penawaran buah masih tidak mencukupi untuk menampung permintaan terutama menjelang Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Koperasi Pengusaha Melon Manis Terengganu Berhad (KPMMTB) Tengku Norulhuda Tengku Muhammad berkata, terdapat seramai enam pengusaha MMT dan tidak pernah belaku lambakan seperti buah-buhan lain.

“Harga yang ditawarkan tetap dan tidak berubah walaupun penawaran MMT melebihi permintaan,” katanya.

Sumber Harian Metro

Artikel lain: Insentif menanti anak Johor yang layak ke OlimpikPenjawat Awam dan Pesara Melaka Tidak Menerima ‘Duit Raya’

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More