Sumber Rujukan Globalisasi Anda

UPKK 2024:PENANGGUHAN SUBJEK SIRAH

UPKK yang merujuk kepada Ujian Penilaian Kelas KAFA merupakan peperiksaan yang dilaksanakan kepada murid KAFA (berumur 11 tahun sahaja) sama ada yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang menggunakan sukatan pelajaran kurikulum KAFA JAKIM.

Isi Kandungan

Jadual UPKK 2023

Ujian UPKK yang dijadualkan berlangsung sejak 16 Januari 2024 sehingga 23 Januari 2024 telah pun bermula semalam. Seperti dijadualkan, hari ini iaitu 17 Januari 2024 adalah subjek Sirah bermula jam 2.30 petang hingga 4 petang ini walau bagaimanapun telah ditangguhkan.

upkk
UPKK 2024:PENANGGUHAN SUBJEK SIRAH 3

Subjek Sirah ditangguhkan

Menurut pengumuman dari laman rasmi facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan bahawa Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) bagi mata pelajaran UPKK03/01 Sirah yang dijadualkan pada hari ini 17 Januari 2024 (Rabu) akan ditangguhkan kepada
23 Januari 2024 (Selasa) atas isu teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengarah JAKIM, Datin Paduka Hajah Hakimah Binti Mohd Yusoff pada lebih kurang jam 11 pagi pada hari Rabu 17 Januari 2024 yang tarikh sepatutnya ujian subjek Sirah dijalankan.

Pengumuman itu adalah seperti berikut:

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

PENANGGUHAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK)
BAGI MATA PELAJARAN UPKK03/01 SIRAH

Bil. 4/2024

  1. Dimaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) bagi mata pelajaran UPKK03/01 Sirah yang dijadualkan pada hari ini 17 Januari 2024 (Rabu) akan ditangguhkan kepada
    23 Januari 2024 (Selasa) atas isu teknikal yang tidak dapat dielakkan.
  2. JAKIM memohon maaf atas kesulitan ini dan berdoa agar semua calon UPKK di seluruh negara dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada ujian yang sedang berlangsung. Semoga semuanya mendapat kejayaan yang cemerlang.

Sekian.

DATIN PADUKA HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
17 Januari 2024

upkk
UPKK 2024:PENANGGUHAN SUBJEK SIRAH 4

Matlamat dan syarat UPKK

Peperiksaan yang berteraskan agama ini adalah bertujuan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.

Antara bidang yang dinilai dalam peperiksaan ini adalah seperti berikut:

  • Al-Quran
  •  Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadat )
  • Sirah
  • Adab (Akhlak Islamiyah )
  • Jawi dan Khat
  •  Asas Lughatul Quran
  •  Penghayatan Cara Hidup Islam
  • Amali Solat

Antara syarat yang diperlukan bagi membolehkan pelajar menduduki peperiksaan ini adalah seperti berikut:

  1. Belajar KAFA sekurang-kurangnya 3 tahun
  2. Mengikut Kurikulum KAFA.
  3. Murid tahun 5 KAFA berumur 11 tahun ( mengikut tahun semasa ).
  4. Berdaftar untuk menduduki UPKK.

Pusat UPKK

Ujian serta peperiksaan ini perlu dijalankan mengikut kepada syarat pusat seperti berikut:

  • Bagi penilaian lisan , amali dan pemerhatian (Al-Quran, Amali Solat dan Pengahayatan Cara Hidup Islam) hendaklah dibuat di sekolah / kelas masing-masing.
  • Bagi penilaian bertulis (Rujuk 3.4 ) hendaklah dibuat di sekolah/kelas. Sekiranya tiada kemudahan hendaklah dibuat di pusat khas yang ditetapkan oleh Setiausaha Peperiksaan Negeri.

Pengendalian Penilaian

Setiap peperiksaan pasti akan dinilai oleh panel yang bertauliah dan terpilih. Begitu juga dengan peperiksaan ini. Penilaiannya adalah seperti berikut:

  • Penilaian setiap subjek peperiksaan bertulis dan lisan akan dikendalikan oleh penilai yang dilantik pihak  pelaksana KAFA Negeri.
  • Penilai subjek peperiksaan Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam akan dikendalikan oleh guru-guru murid yang  dinilai.
  • Ketua Penilai hendaklah dilantik disetiap daerah untuk menyelaras dan mengendalikan penilaian peperiksaan.
  • Penilaian setiap subjek akan dibuat mengikut takwim UPKK tahun penilaian.

Penutup

Untuk rekod, sebelum ini JAKIM pernah membatalkan ujian bertulis untuk Ujian Penilaian Kelas KAFA ini juga. Boleh baca artikel ini untuk maklumat lanjut berkaitan pembatalan ujian bertulis terbabit. Jadi, kepada semua calon peperiksaan ini tahun ini, diharap adik-adik bersabar dan memandang positif isu ini. Termasuk juga kesemua guru serta ibu bapa. Hikmahnya, mungkin akan memberi lebih masa pelajar untuk mengulangkaji subjek Sirah sehingga waktu yang ditangguh untuk peperiksaan iaitu 23 Januari nanti tiba.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More