Sumber Rujukan Globalisasi Anda

UPSR Dimansuh Sepenuhya, PT3 Dibatalkan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memuktamadkan untuk memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai 2021.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin dalam Sidang Media Khas berkata tiada peperiksaan ganti bagi ujian Murid Tahun 6 itu.

Sebaliknya jelas Radzi, fokus utama kementerian ketika ini adalah untuk memperkasakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

“UPSR sebagai satu komponen untuk ke SBP. Namun begitu apabila kita melaksanakan PKSK bagi membolehkan murid masuk ke SBP, kita lihat hanya 1/4 jumlah keseluruhan murid dalam Tahun Enam (2020) mengambil keputusan untuk menduduki PKSK,” katanya.

upsr dimansuh

Selain itu katanya, Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2021 pula dibatalkan.

Jelas beliau, keputusan membatalkan PT3 bagi tahun ini dibuat dengan mengambil kira kekangan masa bagi para pelajar untuk membuat persiapan khususnya pembelajaran bersemuka bersama guru di sekolah.

“Jika kita lihat keadaan penularan COVID-19 masih belum dapat ditangani sepenuh dan kita mengambil kira keadaan semasa dan mengambil kira bahawa tanpa pelaksanaan PT3, keadah pentaksiran murid boleh terus dilaksanakan,” katanya.

Tahun lalu, KPM mengumumkan UPSR dan PT3 dibatalkan berikutan pandemik COVID-19.

Sumber : BERITA HARIAN

Artikel lain : Kereta Kini Barang Keperluan Bukan Lagi Kemahuan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More