Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Vaksin Elak Simptom Teruk Jika Masih Dijangkiti

Vaksin Boleh Kurangkan Jangkitan Yang Teruk

vaksin

Mereka yang telah menerima suntikan vaksin Covid-19 masih boleh dijangkiti dengan penyakit berbahaya itu, namun kemungkinan untuk mereka mendapat jangkitan yang teruk versi penyakit berkenaan telah dikurangkan dengan ketara selepas menerima suntikan.

Pengarah Perubatan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia Dr M Muralitharan berkata, oleh yang demikian, suntikan sudah semestinya lebih efektif dalam mengekang jangkitan, terutama bagi golongan berisiko tinggi.

“Kadar jangkitan mulai berkurangan (selepas suntikan), jadi risiko dijangkiti turun dengan ketara,” katanya dalam program Midday Update terbitan Bernama TV, Isnin.

Dr Muralitharan merupakan antara anggota INFOVAX, komuniti siri pendidikan dan kesedaran berhubung vaksin Covid-19 yang dilaksanakan Malaysian Medical Association Public Health Society (MMA PHS).

Beliau berkata, risiko bagi mereka yang telah disuntik untuk dijangkiti dengan penyakit itu adalah amat rendah, namun untuk menjangka mereka tidak akan dijangkiti lagi dengan Covid-19 selepas suntikan, ia adalah anggapan yang salah.

Berhubung vaksin, beliau turut menolak kebimbangan mengenai keberkesanan vaksin Sinovac susulan pelbagai maklumat yang tidak tepat yang tersebar, dan menurutnya ia adalah selamat.

Dr Muralitharan berkata, ia diluluskan berdasarkan kepada data diterbitkan yang menunjukkan bahawa ia selamat serta berkesan dalam menurunkan jangkitan Covid-19 dan data penemuan di seluruh dunia amat jelas mengenai perkara itu.

Sumber Sinar Harian

Artikel lain : JPN kesan 200 rekod pendaftaran kelahiran palsu

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More