Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Waktu Wukuf Di Padang Arafah Bagi Tahun 2023

Waktu Wukuf Di Padang Arafah merupakan waktu yang paling mustajab untuk berdoa oleh umat Islam. Sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelma, salah satu waktu yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam adalah Waktu Wukuf di Padang Arafah.

Ini berpandukan kepada hadis daripada Nabi S.A.W yang bermaksud:

“Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah..”

(Hadis diriwayatkan oleh Malik)

Waktu Wukuf Di Padang Arafah adalah bermula kira-kira jam 12.30 tengah hari (waktu Arab Saudi) iaitu sekitar jam 5.30 petang (waktu Malaysia) pada 27 Jun bagi tahun 2023.

Tarikh tersebut jatuh pada hari Selasa dan ianya adalah waktu yang sangat mustajab untuk berdoa pada waktu tersebut.

Isi Kandungan

Apa Itu Wukuf?

Wukuf ialah rukun haji yang dilakukan dengan berada di padang Arafah mulai daripada tergelincirnya matahari iaitu pada waktu zuhur pada 9 Zulhijjah sehingga sebelum fajar pada 10 Zulhijjah.

Amalan ini dilakukan bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam A.S dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas disebabkan mengingkari perintah Allah akibat terpedaya oleh tipu daya Iblis.

Mereka berdua dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali, iaitu di Padang Arafah iaitu di Jabal ar Rahmah.

Maka oleh itu, bagi orang yang mengerjakan haji mereka digalakkan berdoa ketika sepanjang waktu wukuf oleh kerana ketika itu merupakan gabungan iaitu berada pada 9 Zulhijjah dan dalam keadaan berwukuf di padang Arafah.

Namun, bagi mereka yang tidak mengerjakan haji pula, mereka juga digalakkan berdoa pada Waktu Wukuf Di Padang Arafah tersebut.

Terdapat beberapa doa pilihan yang boleh diamalkan ketika waktu wukuf pada Hari Arafah.

Antara doa yang dianjurkan oleh Nabi S.A.W berdasarkan hadis adalah seperti berikut:

Sebaik-baik doa adalah doa di Hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,

“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”

Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-nya, milik-nya kekuasaan dan milik-nya segala pujian, dan dia maha berkuasa atas segala sesuatu.

(Hadis Riwayat Al-Tirmizi)

Waktu Wukuf Di Padang Arafah

Waktu Wukuf Di Padang Arafah Bagi Tahun 2023

Waktu Doa Mustajab Arafah bermula masuk waktu Zuhur hingga waktu Maghrib iaitu

  • 9 Zulhijjah Selasa 27 Jun 2023 (waktu Arab Saudi)

Zuhur Arab Saudi – 12:23 PM
Maghrib Arab Saudi – 7:06 PM

Bersamaan waktu Malaysia iaitu

  • 8 Zulhijjah Selasa 27 Jun 2023 (waktu Malaysia)

Waktu Malaysia – 5:23 PM
Waktu Malaysia – 12:06 AM

Kesimpulan

Bagi umat Islam yang berada di Malaysia, selain berdoa umat Islam juga digalakkan untuk berpuasa pada hari Selasa (27 Jun 2023) kerana di kira puasa Hari Tarwiyah manakala Puasa pada hari Rabu pula di kira sebagai puasa Hari Arafah.

Hari Tarwiyah mempunyai dua maksud menurut Imam Ibn Qudamah iaitu

  1. Hari di mana para jemaah haji mempersiapkan bekalan air sebelum menuju ke Arafah.
  2. Hari di mana Nabi Ibrahim AS mendapat wahyu daripada Allah SWT untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Mimpi tersebut telah membuatkan Nabi Ibrahim AS tertanya-tanya pada dirinya.

Adapun berkaitan kelebihan hari tersebut, di sana terdapat sebuah hadith yang menyatakan bahawa berpuasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa selama setahun.

Manakala berpuasa pada hari Arafah pula akan menghapuskan dosa selama dua tahun.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Justeru, sangatlah rugi kalau kita yang berada di Malaysia atau dimana-mana sahaja kita berada ini tidak mengambil peluang yang datang sekali setahun sahaja tersebut dengan memperbanyakkan melakukan ibadah-ibadah yang disarankan seperti banyakkan berdoa pada waktu mustajab doa dan berpuasa pada hari yang dinyatakan di atas.

Semoga Allah s.w.t sentiasa menkabulkan segala hajat dan doa yang dilangitkan.

Diharapkan dengan perkongsian Waktu Wukuf Di Padang Arafah ini dapat memudahkan urusan semua umat Islam untuk melaksanakan ibadah sempena menyambut kedatangan Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Semoga perkongsian Waktu Wukuf Di Padang Arafah ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More