Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Gigih Hantar Barang, Wanita Sayu Tengok Abam Poslaju Bekerja Sehingga Jam 9 Malam

Gigih hantar barang, jumlah parcel meningkat setiap hari. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang membeli-belah secara atas talian dan menggunakan perkhidmatan kurier sebagai perantara.

Tidak dinafikan apabila jumlah parcel yang diterima setiap syarikat penghantaran mencecah ribuan setiap hari. Mahu tak mahu, mereka terpaksa bekerja lebih masa untuk hantarkan parcel ini kepada pelanggan.

Kita tidak tahu pergorbanan yang mereka lalui, janganlah memaki hamun jika barang kita lewat sampai ke rumah. Mereka sudah sedaya upaya menghantar parcel untuk melegakan hari pelanggan.

Andai kita tahu kepenatan mereka yang gigih hantar barang sehingga malam, pasti tiada yang mahu mengeluh walaupun barang lambat sampai.

WANITA ‘SALUTE’ DENGAN MEREKA YANG BEKERJA GIGIH HANTAR BARANG SEHINGGA MALAM

Benar seperti kata pengguna Facebook ini, Puan Wanda Safwan mengatakan bahawa dia sangat ‘salute’ dengan mereka yang bekerja menghantar parcel ini.

 

gigih hantar barang

“Sis salute dengan mereka yang bekerja di bahagian kurier ni”.

Malam tadi, pukul 9 pm, dengar bunyi van depan rumah. Terus bagitau asben sis, “Dedi cuba tengok kat luar tu, poslaju ke? Sebab mami tengok ada barang out for delivery dari Shopee ni..”

Asben selak langsir, ye betul ada van poslaju. Segera dia keluar dan parcel pun diserahkan.

“Sampai malam bang buat delivery?” 

“Ye, banyak parcel ni. Kalau tak habiskan hantar, esok-esok akan bertambah lagi. Kena selesaikan sampai habis”, kata abang Poslaju tu.

Dan van pun menderu laju ke destinasi seterusnya.

“Dalam hati sis terdetik, dah makan ke belum agaknya. Sempat ke teguk air? Ada rehat tak tu?”

Saya doakan semoga urusan mereka dipermudahkan, diberi kesihatan yang baik, kudrat yang banyak demi menyelesaikan amanah penjual kepada mereka.

Tanpa mereka, lumpuhlah ekonomi peniaga online. Tanpa pembeli yang mempercayai peniaga online, tiada lah gaji buat mereka. Tiada peniaga online yang jujur, tiada la berkembang habit pembeli online.

Kita semua saling berkait, saling memerlukan, saling melengkapi. Sama-sama kita respect dan jaga each other.

Pandemik atau tak, hidup tetap perlu diteruskan. Ekonomi tetap perlu berjalan. We still need to put something on the table.

Kekal kuat kawan-kawan 

**Ramai juga yang kecam kata kurier lain pun sama hantar barang sampai malam. Yes memang betul, status ni bukanlah nak up Poslaju ke apa, kebetulan semalam yang hantar tu Poslaju dan saya sempat snap gambarnya.

Di awal status pun saya kata saya respect mereka yang bekerja di bahagian kurier. Jadi Poslaju ke, J&T ke, Ninjavan ke, skynet ke apa ke, sama juga semuanya saya respect. Cuma dalam gambar ni van Poslaju lah.

Boleh juga lihat di facebook beliau.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More