Tatacara Pelaksanaan Wukuf Di Arafah & Kelebihan Hari Arafah

Berikut dikongsikan sedikit info mengenai wukuf di Arafah untuk pengetahuan semua umat Islam di luar sana.
Isi Kandungan
Apa Itu Wukuf Di Arafah?
Wukuf di Arafah (berdiri di Arafah) adalah rukun haji, iaitu satu ibadah wajib bagi umat Islam ketika menunaikan haji dan ia melibatkan jemaah haji menghabiskan masa di padang pasir Arafah, berdoa dan memohon keampunan daripada Allah SWT.
Ritual ini dianggap sebagai elemen penting dalam menunaikan haji, kerana ia menandakan hubungan rohani dengan Tuhan.
Wukuf adalah puncak dari ibadah haji yang wajib dilaksanakan pada satu hari sebelum Hari Raya Idul Adha, iaitu pada 9 Zulhijjah.
Wukuf juga menjadi penanda sah atau tidaknya ibadah haji seseorang.
Wukuf wajib dilakukan saat ibadah haji, apabila dilewatkan maka ibadah hajinya dianggap tidak sah dan harus diulang pada tahun berikutnya.

Waktu Pelaksanaan Wukuf Di Arafah
Waktu pelaksanaan wukuf di Arafah adalah pada 9 Zulhijjah, dimulai sejak tergelincirnya matahari atau masuk waktu zuhur hingga terbit fajar (masuk waktu subuh), atau malam Hari Raya Idul Adha.
Jadi, apabila jemaah haji melakukan wukuf di waktu yang sudah ditentukan meskipun hanya sekejap, maka wukuf itu tetap sah dan sudah menyempurnakan ibadah hajinya.
Dalam melaksanakan wukuf, terdapat beberapa syarat yang harus dipenuhi. Berikut adalah syarat-syaratnya, iaitu:
- Memakai pakaian dengan warna dan jenis pakaian yang sama, iaitu kain ihram berwarna putih.
- Menggunakan pakaian yang bersih.
- Tidak menggunakan bahasa kasar atau ungkapan sombong.
Syarat ini menggambarkan bahawa semua manusia adalah sama di sisi Allah SWT, tiada perbezaan etnik, kulit mahupun harta.
Tatacara Pelaksanaan Wukuf Di Arafah
Untuk melaksanakan wukuf di Arafah, terdapat beberapa tatacara yang harus dipahami, antaranya adalah seperti berikut:
- Wukuf perlu dilaksanakan setelah mendengarkan khutbah wukuf.
- Kemudian, diteruskan dengan solat jamak taqdim untuk solat Zuhur dan Asar.
- Melaksanakan wukuf, boleh dilakukan secara bersendirian atau berjemaah.
- Memperbanyak zikir, memohon ampun dan berdoa sesuai dengan sunnah Nabi Muhammad SAW.
Apabila wukuf dibolehkan dalam keadaan tidak suci dari hadas besar, seperti wanita yang sedang haid atau dalam keadaan keluar darah.
Wukuf pada safari juga dibenarkan bagi jemaah haji yang dalam keadaan tidak sihat.
Kelebihan Hari Arafah
Berikut adalah kelebihan-kelebihan hari Arafah, iaitu:
Rukun Daripada Haji | Wukuf di Arafah adalah salah satu rukun daripada rukun haji. Daripada Abdul Rahman bin Ya’mur, bahawa Nabi SAW bersabda: “Haji adalah Arafah.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi) |
Hari Di Mana Agama Ini Telah Sempurna | Daripada Umar Al-Khattab R.A, bahawa seorang lelaki telah bertanya kepadanya: “Wahai Amirul Mukminin, satu ayat di dalam kitab kamu (Al-Quran) yang kamu membacanya. Jika ia ke atas kami sekalian bangsa Yahudi, maka kami akan mengambil hari tersebut sebagai perayaan. “Umar bertanya: “Apakah ayat itu?” Dia berkata: “Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. “Umar berkata: Kami telah ketahui hari tersebut dan tempat turun ayat tersebut keatas Nabi Muhammad SAW ketika Baginda SAW berdiri di Arafah pada hari Jumaat.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) |
Hari Penyaksian | Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Hari yang dijanjikan ialah hari Kiamat, hari Masyhud ialah hari Arafah serta As-Syahid ialah hari Jumaat.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi) |
Hari Raya Buat Umat Islam | Daripada Uqbah bin Amir R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hari Arafah, hari Korban serta hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijah) ialah hari raya orang Islam dan ia ialah hari makan dan minum.” (Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan An-Nasa’i) |
Kebesaran Berdoa | Daripada Abdullah bin Amr, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik doa ialah doa pada hari Arafah.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi) |
Menghapuskan Dosa Setahun Dan Selepas | Daripada Abu Qatadah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang.” (Hadis Riwayat Muslim) |
Keampunan Dan Pelepasan Daripada Api Neraka | Daripada ‘Aisyah R.A, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan hari Arafah.” (Hadis Riwayat Muslim) |
Sebaik-Baik Doa Di Hari Arafah
Ketika melakukan wukuf di Arafah, disunnahkan bagi jemaah haji untuk banyak berdoa dan berzikir. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW:
“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT yang satu saja, tidak ada sekutu bagiNya, milikNya kekuasaan dan milikNya segala pujian, dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu.”
Hadis Riwayat Tirmizi

Semoga perkongsian ini bermanfaat!